BAB 1

Romance Completed 6310

Rahayuni Raudah menyiapkan diri di hadapan cermin. Puas dia ‘menelaah’ wajahnya melihat apa lagi yang kurang.

‘’Eh tak cukup merah lagi ni…’’ getus hatinya. Lantas dia mencoleskan sedikit gincu bibir agar tampak lebih bermaya. Setelah itu, dia perhatikan pula baju yang membaluti tubuhnya.

“ Cantik pun. Ayu memang cantik.” Rahayuni ketawa di hujung katanya.

“ Ayu!!” Rahayuniyang mendengar namanya dijerit itu tersentak. Hampir saja dirinya jatuh menyembam lantai. Dia mengurut dada beberapa kali.

“ Ada apalah mak ni. Terjerit-jerit. Macamlah ayu jauh berbatu. Ish! Mak aku ni teringin nak jadi tarzan agaknya,” gumam Rahayuni lalu melangkah keluar dari bilik.

“ Ha, kau buat apa dalam bilik tu Ayu? Mari sini tolong mak. Goreng karipap tu. Pak Su Zahar kamu tempah untuk tengah hari nanti. Cepat pergi goreng,” arah Puan Saodah.

Rahayuni memutarkan bebola matanya ke atas. Sungguh bosan saat cuti sekolah menjelma. Kerana pastilah ibunya akan mengerah tenaganya untuk membantu ibunya di dapur.

‘ Aku ni dah la anti nak masuk dapur. Redha je la,” gumam Rahayuni.

Sedang Rahayuni menggoreng karipap tiba-tiba telinganya menangkap suara Puan Saodah menyanyikan lagu kegemarannya. Siapa lagi kalau bukan penyanyi dangdut Rahayuni tu. Eh siap gelek lagi. Lantas Rahayuni mengekek ketawa.

Seratus persen cintaku

Hei hei hei hanya untukmu

Seratus persen cintaku

Hei hei hei rela untukmu

Ah… jujur ku akui

Kamu yang paling okey

Cintaku seratus persen

Rahayuni melambakkan ketawanya siap tekan-tekan perut lagi. Tak menahan dia melihat gelekan mak cik Saodah itu. Orang kampung selalu menggelar ibunya Saodah Gelek. Kerana ibunya itu cukup terkenal dengan gelekan mautnya.

“ Kamu ni kenapa? Tak boleh tengok mak senang sikit,” marah mak cik Saodah. Rahayuni masih juga ketawa terbahak-bahak.

“ Mak ni lawak la. Adui! Sekali mak gelek kalah penyanyi dangdut tu. Mak cuba goyang Inul pula,” ujar Rahayuni lantas dia meniru cara Rahayuni mengelek.

“ Sudah-sudah. Badan kurus macam kamu nak gelek? Apa yang kamu ada? Setakat nasi lemak 50 sen kamu tak payah nak tiru gaya Rahayuni kesayangan mak tu gelek. Tu Tengok karipap kamu tu. Dah hangus karipap kamu tu. Sibuk lagi nak bergelek. Habis jahanam karipap aku,” omel Puan Saodah lantas menyusun nasi lemak di dalam bakul untuk di jual.

Rahayuni mengangkat karipap dari kuali. Setelah itu, dia toskan dahulu untuk menurunkan minyak. Lantas dia menggoreng karipap untuk kesekian kali.

“ Ayu, kamu lepas habis saja SPM carilah kerja sementara nak tunggu result ya. Nak harapkan niaga mak ni berapa sen sangatlah kita dapat,” ujar Puan Saodah. Suaranya kedengaran lirih.

“ Insaya-ALLAH mak. Ayu kalau boleh tak mahu mak niaga lagi. Mak pun bukannya sihat sangat.” Rahayuni meluahkan kerisauannya terhadap kesihatan ibunya itu.

“ Assalamualaikum, Ayu.,” seru Wanda sahabat baik Rahayuni.

“ Waalaikumsalam. Ha, kau Wanda. Meh masuk,” pelawa Rahayuni.

“ Ha, Wanda. Mari duduk. Kamu dah makan?” soal Puan Saodah berbasa basi.

“ Sudah mak cik.” Tutur Wanda dengan sopan.

“ Ha, Ayu kau kata nak pergi cyber cafe kan? Jomlah aku temankan,” ujar Wanda setelah melabuhkan duduk berhadapan mak cik Saodah.

“ Erm, boleh juga. Mak lepas Ayu siap tolong mak Ayu nak pergi cyber cafe kejap ya. Ada kerja sikit,” ujar Rahayuni sambil mengangkat karipap dari kuali. Setelah itu, dia memasukkan karipap yang telah siap sejat ke dalam bakul yang akan di bawa ibunya ke gerai Pak Su Zahar.

“ Yalah Ayu. Pergilah, mak izinkan. Tapi jangan melencong ya. Lepas siap kerja kamu balik rumah cepat. Tolong mak balutkan nasi lemak,” pesan mak cik Saodah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience