BAB 17

Romance Completed 6310

Pantai Batu Hitam

“ Rahayuni, sudi tak awak menjadi suri hidup saya?” soal Naufal seraya melutut di hadapan gadis kesayangannya.

“ Saya akan fikirkan,” usik Rahayuni sambil tersengih nakal.

“ Yalah, siapalah saya ni kan? Mulut jahat. Tak layak buat awak.” Naufal sudah mengeluarkan ayat pasrahnya.

“ Saya sudi. Asalkan awak Mr.Nerd janji dengan saya yang awak hanya akan percaya cakap saya. Saya tak mahu perkara yang sama berlaku,” ujar Rahayuni sambil meloret senyuman manis.

Naufal mendongakkan kepala melihat wajah Rahayuni. Lalu dia mengukir senyum bahagia.

“ Awak nak saya sarungkan cincin atau awak nak sarung sendiri? Yalah saya belum jadi yang halal buat awak kan? Belum boleh bersentuhan,” ujar Naufal.

“ Saya sarung sendiri.” Rahayuni mengambil kotak baldu berbentuk hati itu. Lantas disarungkan cincin itu ke jari runcingnya.

“ Terima kasih sayang. Saya tak sabar menanti detik indah bersama awak. Saya nak anak yang ramai tau. Kalau boleh sepasukan bola sepak.”

Membuntang mata Rahayuni mendengar bicara Naufal itu. Lantas dia ketawa kecil sebelum membalas kata-kata itu.

“ Woi Mr. Nerd awak ingat minah dangdut ni kilang buat anak ke apa?” ujar Rahayuni lantas mereka ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience