BAB 16

Romance Completed 6310

Hospital Tengku Ampuan Afzan

Rahayuni menekup mulutnya. Sungguh dia merasa tidak sanggup untuk melihat keadaan Wanda yang di penuhi wayar yang berselirat di tubuhnya. Dia mendekati katil Wanda lalu dia memengang jemari Wanda.

“ Wanda… aku datang ni. Kau cepat-cepat sembuh ya. Aku… sayang kau,” ucap Rahayuni seraya membelai rambut Wanda.

Wanda membuka mata perlahan-lahan saat terasa ada airmata yang mengenai tangannya. Melihat saja wajah Rahayuni dia menangis hiba. Menangis kerana memikirkan kejahatan yang dilakukannya.

“ Ayu terima kasih sudi jenguk aku. Aku berdosa pada kau Ayu. Sekarang inilah balasan buat orang jahat seperti aku. Aku tak layak jadi kawan kau. Aku jijik dengan diri aku,” luah Wanda bersama airmata kekesalan.

“ Jangan cakap macam tu. Aku dah maafkan kau. Aku sayang kau. Biar apa pun yang kau lakukan pada aku dah pun aku maafkan.”

Wanda turut menggengam tangan Rahayuni. Dia mengucap syukur kerana Rahayuni sudi memaafkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience