BAB 9

Romance Completed 6310

Rahayuni memasamkan wajah. Sungguh dia merasa ingin mencekik saja jejaka di hadapannya itu.

‘ Ada ke patut aku di ajaknya pergi majlis tari menari yang vogue? Dah la kena jadi partner dia. Huh! Sengal.’ Kutuk Rahayuni dalam hati.

“ Minah dangdut jom turun,” ajak Naufal lalu dia mengangkay tangan tanda mohon maaf.

“ Kenapa awak bawa saya? Kenapa tak bawa kekasih awak? Wanda ke?” sengaja Rahayuni menduga.

“ Wanda? Not my taste. Saya tak suka nak bawa Wanda. Nanti dia asyik nak berkepit je dengan saya. Rimas,” ujar Naufal lantas dia mengatur langkah laju.

“ Kenapa awak tak suka dia? Dia cantik.” Naufal merenung tajam wajah Rahayuni.

“ Awak lagi cantik,” bisik Naufal di telinga kecil Rahayuni.

“ Rith datang pun kau. Eh! Mana Zurina? Bukan ke selalunya Zu yang temankan kau?” soal sahabat Naufal.

“ Rayqal kau ni kan tak boleh nak berenggang dengan Zurina kau tu. Kak Zu dia tak berapa sihat. Ini dia partner ku malam ni. Ayu kenalkan ini Rayqal. Qal ini la Ayu yang selalu aku ceritakan tu,” ujar Naufal lantas terseyum melihat dress yang tersarung di tubuh Rahayuni.

“ Hai, saya Rayqal.” Tutur Rayqal seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.

“ Saya Ayu. Maaf tak boleh sambut huluran salam awak.” Rayqal menarik kembali tangannya.

“ Ayu kalau nak tahu Qal ni peminat Kak Zu dalam diam tau,” ujar Naufal seraya menepuk lembut bahu sahabatnya.

“ Oh. Kak Zu tu pun baik orangnya. Untunglah awak andai dapat miliki Kak Zu. Dia sahabat dan juga kakak yang baik.”

Rayqal menganggukkan kepala mendengar pujian wanita muda itu. Sungguh dia mearasa bahagia saat itu. Mengingatkan Zurina juga sudah membuatkan dia bahagia. Apatah lagi memilikinya.

“ Zurina ada juga cerita tentang Ayu. Doakan la agar hati Zurina terbuka untuk menerima saya,” pinta Rayqal dengan harapan yang tinggi menggunung.

“ In Sya ALLAH.” Ringkas jawapan Rahayuni. Terasa kekok apabila renungan Naufal yang merenung segenap inci wajahnya.

“ Eh marilah makan dulu. Kejap lagi ada tari menari dan juga pakaian paling vogue.” Rayqal menerangkan aktiviti yang akan di lakukan.

Rahayuni mengambil sedikit nasi goreng lalu di cedokkan ke pinggannya. Dia blurr melihat hidangan yang kebanyakkannya makanan barat yang sememangnya memualkan tekaknya.

“ Ayu tak makan spageti?” soal Naufal yang berdiri di sebelahnya.

“ Ayu orang kampung. Mana nak makan semua menda alah tu.” Rahayuni tersengih sebaik saja menghabiskan kata-katanya.

“ Ayu, saya tak suka dengar Ayu cakap macam tu. Jom duduk kat sana. Qal dah sediakan meja VIP untuk kita,” ujar Naufal seraya menudingkan jari ke arah Rayqal.

Usai makan kini tibalah pula upacara tari menari seperti mana yang dikatakan oleh Rayqal.

“ Ayu sudi tak awak menari dengan saya?” soal Naufal dengan lembut.

“ Saya tak pandai menari,” ujar Rahayuni.

“ Marilah saya ada. Saya ajarkan.” Lambat-lambat Rahayuni bangun lalu dia mengiku langkah Naufal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience