BAB 18

Romance Completed 6310

Dua tahun kemudian

“ Sayang buat apa tu?” soal Naufal lantas memeluk Rahayuni dari arah belakang.

“ Ayu tengok gambar kita ni ha. Tak sangka dah dua tahun kita melayari alam perkahwinan. Alhamdulillah. Ayu doa agar perkahwinan kita kekal selamanya,” ujar Rahayuni lantas memusing tubuh menghadap suaminya.

“ Abang bila majlis si Wanda dengan Shaqir tu?” soal Rahayuni apabila mengingatkan majlis perkahwinan sahabat merangkap bakal adik iparnya. Siapa sangka pergaduhan yang sering kali meletus membuatkan Wanda bertambah rapat dengan adik iparnya.

“ In sya ALLAH bulan depan. Sayang due lambat lagi kan? Sebab majlis Kak Zu dan Rayqal pun bulan depan,” ujar Naufal.

“ Ya lambat lagi. Abang si kembar dah tidur?” tanya Rahayuni saat teringatkan anak kembarnya. Kini dia sedang menghamilkan anak ketiga mereka.

“ Sudah. Mama dah tidurkan mereka. Sekarang abang nak tidurkan mama mereka pula,” usik Naufal serya mengangkat kening nakal.

“ Gatal.”

Spontan Naufal ketawa besar mendengar perkataan ‘gatal’ yang terpacul dari ulas bibir isterinya itu.

Siapa sangka Mr. Nerd yang dulunya pembuli sekarang sudah pun menjadi Mr.Sweet forever. Rahayuni mendoakan agar rumah tangganya berkekalan selamanya kerana dia tidak sanggup untuk kehilangan Mr.Nerd kesayangannya.

“ Abang sesungguhnya Ayu sangat cintakan abang. Cinta Ayu kekal hanya buat abang seorang. Mr.Nerd awaklah cinta saya untuk selamanya,” ujar Rahayuni lantas mengucup puipi suaminya.

“ Minah dangdut kesayanganku sesungguhnya namamu dulu, kini dan selamanya akan terpahat dalam hati ini buat selamanya. Mr.Nerd kesayangan awak ni selamanya juga akan mencintai awak. Only you in my heart.” Tutur Naufal lantas dia menyanyikan lagu bukti cinta buat si isteri.

Dan terjadi lagi

Kisah lama yang terulang kembali

Kau temukan lagi

Dari cinta rumit yang kau jalani

Aku ingin kau merasa

Kamu mengerti aku mengerti kamu

Aku ingin kau sadari

Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku

Suara hati memanggil namamu

Karena separuh aku

Dirimu

Ku ada di sini

Pahamilah kau tak pernah sendiri

Karena aku selalu

Di dekatmu saat engkau terjatuh

Aku ingin kau merasa

Kamu mengerti aku mengerti kamu

Aku ingin kau sadari

Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku

Suara hati memanggil namamu

Karena separuh aku

Dirimu

Dengar laraku

Suara hati ini memanggil namamu

Karena separuh aku

Menyentuh laramu

Semua lukamu telah menjadi lirihku

Karena separuh aku

Dirimu

Usai menyanyikan lagu Separuh aku dendangan kumpulan Noah, Naufal mengesat airmata yang bergenang di pipi isterinya. Lantas dibisikkan kata cinta di telinga isterinya.

“ I love you forever. Kasih sayang abang hanya buat sayang seorang,” bisik Naufal lantas dia mengucup dahi isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience