BAB 14

Romance Completed 6310

Mak Cik Saodah merasa hairan melihat wajah anaknya yang murung. Balik sahaja dari kerja terus saja anaknya berkurung di dalam bilik. Diajak makan katanya tidak lapar. Dia resah sendiri memikirkan anak tunggalnya itu.

“ Ayu marilah makan nak. Ayu tak lapar ke?” tanya mak cik Saodah dengan lembut.

Rahayuni memulas tombol pintu lantas dia cuba mengukir senyum biarpun payah untuk melakukannya.

“ Kenapa mak? Ayu takde selera nak makan. Mak makanlah,” ujar Rahayuni lemah.

“ Ayu makanlah sikit sayang. Nanti sakit. Siapa yang mahu temankan mak gelek kalau Ayu sakit,” seloroh mak cik Saodah.

Rahayuni mengoyak senyum mendengar usikan ibunya.

“ Mak tu kalau Ayu tak teman pun boleh gelek seorang saja kan? Saja je nak pancing Ayu suruh makan kan?” balas Rahayuni lalu berlalu ingin ke biliknya namun terhenti langkahnya saat mendengar omelan ibunya.

“ Buat rugi sajalah mak masak siakap stim kalau Ayu tak mahu makan. Ish! Membazir je. Dah la mak masak banyak. Dengan lauk ayam lemak tempoyak lagi. Sayur campurnya, siakap stim lagi. Kalau tahu baik mak makan Maggie saja,” omel mak cik Saodah. Terus bersinar mata Rahayuni mendengar menu yang di masak ibunya. Spontan dia menelan liur.

“ Tiba-tiba Ayu rasa lapar la pula,” ujar Rahayuni sambil tersengih nakal.

‘ Umpan dah mengena. Alhamdulillah. Tak la susah hati aku duk fikirkan Ayu,’ gumam mak cik Saodah dalam hati.

Rahayuni mencedok nasi ke pinggannya dan juga pinggan mak cik Saodah. Selepas itu dia menghulurkan pula pinggan pada ibunya. Lantas dia mencedok sayur campur ke dalam pinggan, dia mengutilkan sedikit ikan siakap stim kemudian di letakkan di pinggan ibunya.

Usai makan terus saja Rahayuni mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tidak dapat menahan airmatanya daripada mengalir. Saat dia keseorangan mindanya mula teringatkan kata-kata nista yang dilemparkan Naufal padanya.

“ Saya ingat awak berbeza dari perempuan lain. Rupanya sama saja. Tak pernah tahu menghargai kasih sayang orang yang tulus ikhlas sayangkan awak,” ujar Naufal tanpa memandang wajah Rahayuni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience