BAB 11

Romance Completed 6310

Hari demi hari Naufal kian mengenali Rahayuni. Malah semakin kerap dia mengusik gadis comel itu. Namun ada sesuatu yang sangat merunsingkannya kini kerana Shaqir adiknya itu mengakui bahawa dia telah jatuh cinta pada gadis yang sama.

“ Shaq, abang nak tanya sikit boleh?” soal Naufal berhati-hati.

“ Tanya apa abang?” soal Shaqir pula.

“ Benarkah Shaqir sukakan Rahayuni?”

Shaqir tersenyum tanda mengiyakan pertanyaan abangnya. Naufal kian resah, namun dia cuba untuk menenangkan diri.

“ Kenapa abang tanya? Abang sukakan Rahayuni juga ke?” Shaqir menyoal abangnya soalan yang sama.

“ Ya. Jujur abang cakap memang abang sukakan Ayu. Tapi kalau Shaq…”

“ Kalau Shaq sukakan Ayu abang mahu mengalah? Begitu?” pantas Shaqir mencelah bicara Naufal.

“ Abang, memang Shaq sukakan Ayu. Tapi abang, Shaq tak sanggup lihat abang kecewa. Lagi pun abang tentu tak mahu peristiwa dulu berulang kan?”

Naufal memejam mata mengingatkan peristiwa di mana kekasihnya itu jatuh ke tangan Shaqir. Dia sedar bahawa rupa paras Shaqir jauh lebih kacak darinya.

“ Abang, Shaq yakin sebenarnya Ayu sukakan abang. Tapi abang tu yang suka sangat buli dia, sebab tu dia tak luahkan pada abang perasaan dia,” ujar Shaqir lantas bingkas meninggalkan abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience