BAB 12

Romance Completed 6310

PARKLANE HOTEL

Wanda tersenyum saat melihat kelihat kelibat orang yang dinantikannya. Dia mengatur langkah untuk mendekati jejaka itu.

“ Hai Harith,” sapa Wanda lantas memaut lengan Naufal.

“ You nak apa ni? Tolonglah I rimas tahu tak?” soal Naufal. Dia melepaskan pautan Wanda pada lengannya.

“ You ni kenapa? Oh! I tahu ini semua mesti sebab minah dangdut tu kan? Apa yang ada pada dia sampai you tergilakan dia?” marah Wanda. Sungguh hatinya meradang kerana cintanya sering kali di tolak oleh jejaka itu.

“ Kalau you nak tahu Ayu tu bukanlah perempuan yang baik. Dia tu perempuan perampas. Dan dia juga kaki pengikis. Dia saja nak dekatkan diri dengan you sebab dia nak kaut harta you je. You saja yang bodoh percayakan dia.” Wanda melemparkan fitnah mengenai Rahayuni yang dulunya pernah menjadi sahabatnya.

Naufal tersenyum sinis. Dia tidak mungkin percaya pada Wanda kerana dia tahu benar Wanda melakukan semua itu kerana mahukan perhatiannya.

“ Tak perlu you nak sebarkan fitnah. I tak akan percaya segala kata you. Pada I Ayu adalah seorang wanita yang sangat baik budi bahasanya. Dan I hanya akan percaya pada Ayu.” Naufal menegaskan suaranya lalu menolak tubuh Wanda yang kian menghampirinya.

“ I tak fitnah. Kalau you tak percaya ini dia gambar Ayu dan juga kalau tak silap lelaki ni salah seorang pekerja di sini bukan?” Naufal mengambil sekeping gambar yang di hulurkan Wanda.

Menggigil tubuhnya melihat gadis idamannya di dalam pelukan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah orang yang sangat di kenalinya.

“ I tak akan percayakan you.” Naufal bersuara tegas. Namun suaranya jelas kedengaran bergetar.

“ Kalau you tak percaya terpulang. Tapi I rasa you patut siasat kot. Ayu sedang berpelukan dengan adik you waktu I lalu di meja Front desk,” ujar Wanda lantas tersenyum kemenangan melihat wajah berang Naufal.

‘ Habislah kau Ayu. Sekejap lagi kebahagiaan kau akan di renggut, dan pastinya kau akan menderita selepas ini.’ Wanda ketawa jahat melihat Naufal yang tergesa-gesa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience