BAB 2

Romance Completed 6310

Usai sahaja menyarung tudung Rahayuni menempek sedikit bedak agar tampak lebih bermaya. Setelah berpuas hati dia mengatur langkah keluar dari bilik.

“ Wanda, aku dah siap,”

“ Jomlah, nanti lambat pula balik,” ujar Wanda. Wanda memberi kunci motorsikalnya pada Rahayuni. Seperti biasa andai mereka keluar bersama pasti Wanda akan membiarkan Rahayuni yang membawa motornya.

Wanda merupakan sahabat baik Rahayuni dari kecil lagi. Disebabkan sikap garang Rahayuni itulah, yang menyebabkan ramai yang tidak berani untuk mendekati Rahayuni. Bukanlah tiada orang yang meminati Rahayuni namun dia tidak mahu membuang masa untuk memikirkan semua itu kerana masih belajar. Baginya pelajaran itu sangatlah penting.

“ Ayu aku nak tanya kau sikit. Boleh?” soal Wanda setelah sampai ke cyber café.

“ Apa dia?” soal Rahayuni seraya membetulkan tudung yang melepek akibat memakai helmet.

“ Kenapa kau tak nak bercinta? Aku tengok pelajar form 6 tu asyik usyar kau je. Apa namanya tu… ha Harith Naufal. Macam dia suka kau je.”

Rahayuni menjulingkan matanya. Terasa anti pula mendengarkan nama itu.

“ Apa maksud kau? Budak nerd tu? Hish, minta simpanglah,” ujar Rahayuni sambil membuat muka bosan.

“ Kak. Ada pc kosong?” soal Rahayuni pada pekerja café itu.

“ Ada. Pc nombor 12 ya dik. Adik nak guna satu pc saja kan?”

Rahayuni menganggukkan kepala berkali-kali. Sesekali dia menjeling pada Wanda di sebelah.

“ Wanda kau tak mahu masuk ke?” tanya Rahayuni sambil mengepit fail yang dibawanya sedari tadi.

“ Kau masuklah. Aku bosanlah tunggu kau buat kerja. Bukannya reti sekejap.” Tutur Wanda tanpa sedikit pun memandang wajah Rahayuni.

“ Ikut suka kaulah. Malas aku nak paksa,” balas Rahayuni acuh tak acuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience