BAB 15

Romance Completed 6310

Rahayuni tersentak dari lamunan saat mendengar ringtone Bertakhta Di Hati yang berdendang di telefon bimbitnya. Dia melihat skrin telefon sebelum menjawab panggilan itu.

“ Assalamualaikum.” Sapa Rahayuni terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam. Ayu sa… saya tak boleh tidur. Saya perlukan penjelasan dari Ayu. Entah kenapa lepas je saya buat solat hajat hati saya mendesak untuk mendengar segala penjelasan Ayu. Sa… saya rindu nak dengar Ayu panggil mr. nerd. Saya rindu nak dengar ucapan sayang dari ulas bibir Ayu,” luah Naufal setelah diam beberapa minit.

“ Mr. Nerd… Ayu rindukan awak. Kenapa awak…”

“ Ayu saya minta maaf. Kak Zu dah terangkan segalanya. Dia kata Wanda fitnah Ayu. Kak Zu kata lagi bahawa Ayu dan juga lelaki dalam gambar tu sudah lama putus hubungan benarkah?” pantas Naufal menyoal sebaik saja kata-kata gadis pujaannya terhenti. Dia tahu sukar untuk Rahayuni melupakan kata-katanya yang mengguris hati.

“ Ayu, sudi tak awak jadi permaisuri hati saya? Saya tak sanggup berpisah dengan awak. Minah dangdut saya sayangkan awak. Tentang Wanda awak jangan risau. Sebab tadi saya waktu saya keluar dari Hotel Wanda accident. Dia ada di Hospital sekarang. Esok saya bawa awak jumpa Wanda,” ujar Naufal dengan lembut.

“ Apa? Macam mana boleh jadi macam tu?” tanya Rahayuni. Suaranya kedengaran cemas. Meskipun Wanda pernah berbuat jahat padanya namun dia sedikit pun tidak menaruh dendam kepada Wanda. Kerana baginya Wanda tetap sahabatnya.

“ Waktu dia kejar saya ada satu kereta tu bawa terlampau laju. Then terlanggar Wanda,”

Rahayuni cuba digest kata-kata Naufal. Dia mengesat airmata yang bergenang di kelopak matanya.

“ Ayu… esok saya ambil awak di rumah. Awak cuti esok kan? Okeylah Ayu saya tidur dulu. Assalamualaikum. Saya sayang awak. Selamanya awak dalam hati saya,” luah Naufal. Rahayuni tersenyum dalam berduka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience