BAB 5

Romance Completed 6310

Rahayuni memberitahu hasratnya pada mak cik Saodah. Niatnya hanya satu kerana dia tidak mahu melihat ibunya membanting tulang empat kerat lagi kerana kesihatan ibunya yang tidak stabil sejak akhir-akhir ini.

“ Mak, Ayu nak cakap sikit ni.” Rahayuni memulakan mukadimah.

“ Apa dia Ayu?” soal mak cik Saodah dengan lembut.

“ Ayu dah dapat kerja. Boleh la mak berhenti niaga kan? Bukan apa Ayu tengok semenjak dua menjak ni mak asyik batuk saja. Lagi pun Ayu rasa mak dah patut berehat dekat rumah,” luah Rahayuni.

“ Ayu, mak bukannya apa. Mak bosan duduk saja tak buat apa-apa. Duit pencen arwah ayah kamu tu bukannya banyak sangat sayang. Lagipun ayah kamu tak tinggalkan harta, rumah ini sajalah harta pusaka ayah kamu.” Mak cik Saodah menutur kata dengan tegas.

“ Mak, Ayu tahu. Tapi mak kena jaga kesihatan mak sama. Ayu mampu nak tanggung mak.”

Mak cik Saodah hanya merenung sayu wajah anaknya. Dia sedar Rahayuni risaukan kesihatannya namun dia sudah biasa meniaga, andainya dia tidak membuat sebarang kerja hidupnya terasa kosong.

“ Ayu! Ayu! Keluar kau.” Jerit satu suara dengan kuat.

“ Astaghfirullah al-azim. Siapa pula tu. Dah tak reti nak bagi salam ke?” omel Rahayuni lalu kaki diayun laju menuju ke arah pintu dapur.

“ Ha kau Wanda. Dah tak reti nak bagi salam ke? Tak tahu adat berkunjung rumah jiran ke apa?” sinis Rahayuni.

“ Ah! Tak payah la kau nak tunjuk baik. Kau ingat aku tak tahu? Kau saja kan apply kerja di tempat Harith bekerja? Dasar perempuan tak tahu malu.” Jerkah Wanda. Rahayuni hanya mempamerkan wajah tenang.

“ Aku tak sangka perempuan yang disangka baik rupa-rupanya dalam diam menjadi penggoda. Apa yang kau buat sampai Harith terima kau bekerja ha?”

Rahayuni terus-terusan mendiamkan diri. Dia cuba menyabarkan hatinya.

“ Entah-entah kau bagi ubat guna-guna tak? Sebab tu dengan mudah Harith terima kau bekerja bawah satu bumbung dengan dia.”

“ Astaghfirullah al –Azim. Wanda, sampai hati kamu tuduh Ayu macam tu. Apa salah Ayu? Ayu kan kawan baik kamu,” sendu kedengaran suara mak cik Saodah. Hancur luluh hatinya apabila mendengar segala penghinaan itu.

“ Dia bukan kawan Wanda. Dia perampas. Aku benci Ayu,” jerkah Wanda lagi.

“ Aku tak tahu siapa Harith yang kau maksudkan. Dan lagi satu aku tak rampas sesiapa pun dari kau,” ucap Rahayuni dengan tenang.

“ Tak rampas sesiapa konon. Eh! Jangan pura-pura tak tahulah. Harith Naufal. Yang temu ramah kau tadi. Dia kekasih aku. Tolong jauhi dia kalau kau tak mahu menyesal.” Wanda memberi amaran sebelum berlalu pergi dari rumah pusaka Rahayuni.

“ Ayu, apa semua ni nak? Kamu rampas kekasih Wanda ke? Kenapa dia benci benar dengan kamu?” soal mak cik Saodah bertubi-tubi.

“ Salah faham saja mak. Tak ada apa yang perlu di bimbangkan,” ujar Rahayuni dengan tenang lalu menarik tangan ibunya agar masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience