BAB 13

Romance Completed 6310

Rahayuni ingin mengutip semua laporan yang telah disiapkannya setelah terlanggar seseorang, namun entah bagaimana kakinya boleh tersadung pada meja lalu hampir tersembam. Nasib baik jejaka itu sempat menyambutnya. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata merenung tajam pada mereka.

“ Ehem-ehem.” Pantas mereka menoleh ke arah suara deheman itu. Mencerlung mata Rahayuni melihat wajah berang Naufal.

‘ Alamak, mamat nerd la. Adui! Mesti dia salah faham. Alamak macam mana ni?’ Rahayuni bertingkah dengan suara hatinya.

“ Wah! Shaq, Ayu. Apa makna semua ni? Ayu terangkan pada saya. Apa makna ucapan sayang awak?” soal Naufal. Suaranya kedengaran parau.

“ Ayu err… Ayu…”

“ Abang jangan salah faham. Tadi Ayu nak terjatuh. Shaq Cuma tolong Ayu saja. Sumpah kami tak buat seperti apa yang abang fikirkan,” terang Shaqir akan kedudukan sebenar.

“ You percaya ke cakap Ayu tu? The picture I gave you is enough to explain her true colour.” Wanda cuba menyimbah api pada bara yang kian memuncak.

Rahayuni menggelengkan kepala berkali-kali. Lantas dia cuba untuk mempertahankan kebenaran.

“ Awak saya tak ada apa-apa dengan Shaqir. Percayalah saya. Ayu betul-betul sayangkan awak.” Naufal tersenyum sinis mendengar bicara Rahayuni.

“ That guy in the picture is her ex-lover. It is clear here that she still has feelings for him. She has been playing you all this time.” Wanda terus mengapi-apikan Naufal. Hatinya tersenyum puas melihat Rahayuni yang menangis tersedu-sedan itu.

“ Ayu awak tahu saya sayangkan awak bukan? Sampai hati awak buat saya macam ni. Apa salah saya? Ni… gambar ni dan juga kejadian tadi cukup untuk membuktikan bahawa saya menyayangi orang yang salah. Saya benci awak Rahayuni,” marah Naufal lalu melemparkan sekeping gambar yang sedari di gengamnya.

Rahayuni tergamam tiada terkata. Shaqir pula mengejar abangnya untuk menerangkan kejadian yang sebenarnya.

“ Puas hati aku Ayu. Kalau aku tak dapat dia jangan harap kau boleh dapat dia tau. Cerminlah diri kau tu sikit. Perempuan kampung. Kau tak layak untuk Harith Naufal tahu! Sekarang kau dah tiada nilai pada Harith. Puas hati aku,” sinis Wanda seraya menolak tubuh Rahayuni lantas terjelepok jatuh ke lantai.

Zurina yang kebetulan lalu di situ terkejut melihat Wanda yang mengasari Rahayuni. Segera dia mendapatkan Rahayuni yang teresak-esak menangis.

“ Ayu kenapa ni dik? Kenapa perempuan sewel tu cari pasal dengan Ayu?” soal Zurina. Rahayuni menangis semahu-mahunya di bahu Zurina.

“ Kak Zu… Wanda dia…” Rahayuni tidak mampu menghabiskan katanya kerana sebak yang menguasai diri.

“ Ayu… sabar dik.” Zurina cuba menenangkan gadis muda itu biarpun dia tidak mengetahui hujung pangkal cerita.

Rahayuni mencapai sekeping gambar yang dilemparkan Naufal tadi. Hancur luluh hatinya tika itu. Tahulah dia kini bahawa Wanda sedang menyebarkan fitnah mengenainya.

“ Kak Zu… Wanda fitnah saya. Gambar ni dah bertahun kak. Bukannya baru tapi dah 3 tahun berlalu. Kenapa Wanda perlu ungkit semula tentang ni? Dan saya dah tak ada apa-apa pun Andre kak,” sendu kedengaran suara Rahayuni di telinga Zurina. Simpatinya melimpah ruah pada gadis muda itu.

“ Sabar dik. Kak Zu akan buat perhitungan dengan Encik Harith.” Janji Zurina pada Rahayuni.

“ Ayu hang sabaq naa. Rajuk mr.nerd hang tu tak lama aih. Kalau aku jadi hang mahu ja aku ganyang si Wanda sewel tu. Biaq dia sedaq diri sikit,” ujar Ayra pekerja yang bertugas sebagai Front Desk pada hari itu.

“ Thanks Ayra, Kak Zu,” ujar Rahayuni lemah. Dia mengutip kertas laporan itu bersama juraian airmata membasahi pipi.

Zurina turut merasai kesakitan yang dirasai Rahayuni. Dia nekad untuk bersemuka dengan majikannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience