“Merajuk lagi?”
Diam.
“Farah Jasmin.”
Diam.
“Aku ada Choki Choki.”
Syazwan tak tahu nak buat apa. Merajuk pula kawan baiknya ni.
“Aku tak nak Choki Choki.”
Syazwan garu kepala.
“Dah tu, nak apa?”
“Cadbury Blackforest.”
Laju Farah menjawab.
“Jom pergi 7E kat depan tu.”
“Tak nak. Aku tunggu sini.”
Farah menggelengkan kepala sambal mencebirkan bibirnya.
Syazwan mengeluh. ‘Manja betul.’
“Duduk sini diam-diam.”
Farah cuma mengangguk dengan arahan Syazwan. Sebenarnya Farah bukan seorang perempuan yang manja mengada-ada dengan lelaki tetapi bila Syazwan ada di sisinya perangainya berubah. Selalunya dia cuma manja mengada-ada dengan ahli keluarganya sahaja. Tapi entah mengapa dengan Syazwan, dia lebih senang begitu. Dia lebih senang menjadi diri sendiri di depan Syazwan.
Farah tengok jam di tangan.
‘Beli Cadbury pun lama ke?’
Farah kemudiannya terus bangun dan melangkah menuju ke 7E. Ketika dia melintas jalan, dia tidak sedar ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
“Cik.”
Dan Farah rasa badan dia ditarik ke belakang. Rasa macam jantung nak gugur. Ya ALLAH, macam mana aku boleh tak sedar dengan kereta tu?
“Cik okey?”
Dan dia pandang muka lelaki yang masih pegang erat lengannya.
‘Eh, dia pegang lengan aku?’
“Saya okey. Tolong lepaskan tangan saya.”
Sungguh dia tak selesa. Mana pernah lelaki pegang tangan dia.
“Oopps! Sorry. Saya cuma menolong cik je.”
Lelaki itu melepaskan tangan Farah.
Farah mengangguk. “Terima kasih.”
“Farah, kenapa ni?”
Syazwan muncul dengan Slurpee saiz besar di tangan dan seplastik makanan ringan.
“Syazwan.”
Farah langsung mendekati dan terus berdiri di sebelah Syazwan. Syazwan mencerlungkan matanya ke arah lelaki yang masih kaku di situ.
“Sorry, aku tak kacau dia. Aku cuma tolong dia dari dilanggar kereta.”
Syazwan terus pandang wajah keruh Farah bila lelaki itu bersuara.
“Farah?”
“Kaulah lambat sangat. Naik kematu aku tunggu kau.”
Farah merengus.
“Sorry bro. Aku serius tak kacau awek kau.”
Syazwan angkat kening.
“No. Small matter.”
Entah kenapa, Syazwan tak suka lelaki di depannya itu. Siapa dia?
“Saya bukan awek dialah.”
Farah mengomel.
“Dah. Jom!”
Syazwan tarik lengan Farah. Tidak betah berlama di situ.
“Thanks, bro.”
Lelaki itu mengetap bibir namun saat Farah berpaling ke belakang, bibirnya mengukir senyum.
Share this novel