BAB 8

Romance Completed 12417

“Fitri, awak buat apa ni?”

Terkedu Farah saat lelaki yang dikenali sebagai Fitri datang ke tempat kerjanya dengan sejambak bunga sambal melutut di depannya.

“Saya nak kawan dengan awak.”

Farah kerling kiri kanan, ternyata ramai yang sedang menonton drama sebabak antara dia dan Fitri. Malunya rasa. Wajah Fitri yang ada iras seperti wajah Kamal Adli itu dipandang seketika.

“Okeylah. Kita kawan, okey? Sekarang awak boleh balik.” Farah berlalu.

“Tapi saya tak makan tengah hari lagi.”

Farah garu kepala. Dia sebenarnya sudah berjanji untuk makan bersama Hanson tapi nak buat macam mana, kalau dia tak ikut cakap Fitri ni, mahu dia kejar Farah sampai rumah.

“Ha, tunggu. Saya pergi ambil beg tangan kat atas. Tunggu sini.”

Fitri tersenyum. Akhirnya, dia berjaya buat si gadis itu menerima huluran persahabatan darinya. Farah, nampak lembut tapi sebenarnya hati keras. Susah rasanya nak menebak hati dan fikiran gadis itu. Ketika perlanggaran mereka berdua dulu, Farah beria-ia mahu membayar harga baju kemejanya dan menolak sekeras-kerasnya untuk menjalinkan ikatan persahabatan dengannya. Oleh kerana itu, dia bertekad untuk menjadi pengikut setia Farah sehinggalah Farah setuju untuk berkawan dengannya.

Dalam masa yang singkat, Farah dan lelaki yang cuma dikenali sebagai Fitri itu mulai rapat namun dia masih berhati-hati. Hubungannya dengan Syazwan seperti tergantung. Syazwan ada menghantar mesej kepadanya namun semuanya dipandang bagai angin lalu. Dia sudah tidak mahu berharap. Dia lebih rela begini.

“Jasmin?”

Suara Fitri di sebelah menyentak lamunan Farah. Dia ketap bibir.

‘Suka betul panggil aku Jasmin.’

“Berapa kali saya nak cakap, panggil saya Farah, bukan Jasmin.”

Fitri menyengih.

“Sorry. Tapi saya suka Jasmin. Nampak moden.”

Farah mengeluh.

“Farah. Jasmin cuma untuk family semata-mata.”

“Ala, tak lama lagi saya tetap jadi family awak.”

Farah angkat kening dengan kata-kata Fitri.

“Pandai je awak, kan?”

“Thank you sebab cakap saya pandai.” Fitri senyum meleret.

Farah menggeleng. Perangai Fitri berbeza benar dengan Syazwan. Selalunya kalau dengan Syazwan, pasti dia yang rajin mengusik Syazwan namun bila dengan Fitri, dia sering jadi bahan usikan.

“Awak nak bawak saya ke mana ni?” Farah angkat kening.

Hari ni dia terima pelawaan Fitri untuk makan malam bersama. Pada mulanya dia menolak namun kerana Fitri terus-terusan mendesak. Entah kenapa, hatinya rasa tak sedap. Mungkin perasaan semata-mata.

“Makan.”

Lelaki itu tersenyum penuh makna. Fikirannya mula merencana suatu agenda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience