BAB 9

Romance Completed 12417

Syazwan ketap bibir. ‘Kenapalah Farah ikut lelaki ni keluar malam? Dulu, susah benar dia nak keluar malam kalau dengan aku.’

Entah sejak bila, dia jadi stalker Farah. Mungkin sejak dia terpandang Farah dengan lelaki asing itu tidak lama dulu. Diakui, sejak Nampak Farah dengan lelaki itu hatinya sakit yang teramat sangat. Cemburu merajai jiwa namun semuanya dipendam sendiri. Ingin diluah pada Farah, rasa tidak sesuai apatah lagi dengan kehadiran lelaki di sisi Farah itu.

Pernah dia cuba untuk berbaik dengan Farah dengan menghantar pesanan namun tiada balasan yang diterima. Sedarlah dia bahawa Farah sudah tidak sudi lagi dengan kehadirannya. Dia akui juga akhirnya, hatinya sentiasa terukir nama Farah. Dulu, kini dan selamanya.

Dia tergamam saat kereta Proton Waja milik lelaki itu membelok ke sebuah lorong yang gelap. Hatinya rasa sesuatu buruk akan berlaku. Dicapai telefon bimbitnya lalu didail terus nombor Izuddin, sahabatnya yang bekerja sebagai pegawai polis.

“Assalamualaikum, Iz.”

Syazwan angguk seketika.

“Aku ada kat Lorong Merpati. Farah is in trouble. Aku tak sedap hati. Datang sini, Iz.”

Dia angguk lagi.

“Thanks. Aku cuba ikut kereta tu dari jauh. Assalamualaikum.”

Lega rasa hati bila Izzudin setuju untuk datang ke lorong gelap itu. Syazwan memerhatikan kereta Proton Waja yang sudah berhenti di tepi jalan itu.

“Apa dia nak buat ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience