BAB 19

Romance Completed 12417

“Amir, kenapa diam?”

Syazmir berhenti menolak kerusi roda Syazwan. Hatinya sebak namun dia sangat bersyukur, Syazwan akhirnya mahu juga jalani fisioterapi.

“Amir speechless. Bang chik jangan risau, esok Amir rela jadi pak supir bang chik asalkan bang chik jalani fisioterapi.”

Syazwan sekadar mengangguk. Sudah dua bulan Syazwan jalani fisioterapi dan sudah dua bulan juga Farah meninggalkan dirinya. Dia tekad, dia ingin mencari semula Farah andai kakinya boleh digunakan semula dan kini, doanya dimakbulkan Tuhan.

Dia sudah mampu berjalan semula. Terasa macam nak berlari je dalam hospital bila doktor cakap yang dia sudah tidak perlukan tongkat ataupun kerusi roda.

“Bang chik, segaknya. Nak pergi mana ni?”

Syazwani, kakak kepada Syazni menegur.

“Er... nak cari permata yang hilang.”

Syazwan garu kepala yang tak gatal. Dikerling wajah sendiri di cermin. Bersih sudah jambang-jambang yang dulu tumbuh meliar di wajahnya.

‘Mak aih, handsome jugak aku ni. Macam muka Mario Maurer yang Farah suka tu.’

“Umi, Wan nak tanya sikit ni.”

Syazwan duduk di meja makan.

“Kenapanya?” Puan Mazidah bertanya.

“Bilik tetamu kat sebelah bilik Wan tu ada orang duduk ke? Ada sesiapa datang rumah ke?”

Tiba-tiba Puan Mazidah tersedak. Syazni yang baru nak menyuap mee goreng, terkaku terus. Syazmir pula buat muka selamba.

“Eh, kenapa ni umi? Wan tanya je.”

Syazwan tiba-tiba rasa bersalah. Puan Mazidah menggeleng sambil meneguk teh.

“Tak ada apa, Wan. Umi tersedak. Ada orang mengumpat umi agaknya.”

“Alonglah yang duduk kat situ.”

Syazni pantas menjawab.

“Mana alongnya?”

Syazwan mencari kelibat Syazhan.

“Along dah pergi kerja.”

Syazmir menjawab laju.

‘Aduh, tambah dosa aku menipu.’

“Kenapa along tak tidur kat rumah dia sendiri?”

“Masalah rumah tangga kot.”

Syazni menjawab tanpa memandang muka Syazwan.

“Abang ngah mana, angah?”

Entah kenapa Syazwan rasa pelik dengan semua ahli keluarganya.

“Outstation seminggu. Sebab tu angah duduk kat sini. Abang ngah takut angah terjatuh ke apa ke. Dia takut apa-apa jadi kat baby ni.”

Syazni usap perutnya yang sudah semakin membesar.

“Untunglah nak dapat baby.”

Syazwan menggumam sendiri.

“Hah, pergilah cari permata kamu tu. Lepas tu, nak dapat baby ke apa ke senang sikit.”

Syazwan tersentak dengan kata-kata Puan Mazidah.

“Wan pergi dulu.”

Syazwan berdiri. Baju Polo yang tersarung di badannya dibetulkan. Bagi nampak kemas dan kacak. ‘Kacak? Ahaks.’

“Tak sabar, nampaknya.”

Syazmir senyum senget.

“Diamlah, Amir!”

Dia meluku kepala Syazmir yang masih tersengih.

“Umi, tak apa ke kita buat dia macam ni?”

Syazni bersuara saat kereta Syazwan dah meninggalkan pekarangan rumah besar itu.

“Tak ada apanya. InsyaAllah. Kita cuma nak sedarkan dia. Isteri itu untuk dihargai bukan untuk diperlakukan sesuka hati.”

Puan Mazidah bersuara perlahan dan Syazni cuma mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience