BAB 7

Romance Completed 12417

Kedai makan Selera Kampung itu memang terkenal dengan makanan kampong yang enak-enak. Padanlah Hanson yang berdarah kacukan itu turut meminati makanan di situ.

“Nak duduk kat mana?” Dila bertanya.

“Dalam ke luar?”

Farah memandang Hanson yang melilaukan matanya.

“Eh, yang kat dalam tu bukan Syazwan?”

Dila bersuara sambil menudingkan jarinya pada sebuah meja yang menempatkan Syazwan dan seorang gadis yang tidak diketahui siapakah gerangannya. Farah pandang dan ternyata memang Syazwan. Wajah Syazwan nampak berseri. Nampak ceria. Seolah-olah tidak terkesan langsung dengan ketiadaannya.

Syazwan yang tengah rancak berbual terasa seperti diperhatikan, dia angkat muka dan dia tergamam. Farah Jasmin sedang merenungnya. Farah yang menyedari pandangan mata Syazwan terus pandang muka Hanson dan Dila.

“Girls, I don’t think I want rice today. Let’s eat burger lah.”

Hanson bersuara, tiba-tiba.

Dila laju mengangguk.

“Jom, Farah.”

“Nope. Kita makan nasi. Aku nak nasi.”

Farah dah masuk ke dalam kedai. Dia buat tak peduli dengan mata Syazwan yang galak merenungnya.

‘Apa kau ingat kau sorang je boleh hidup tak ada aku? Aku pun bolehlah!’

Hanson dan Dila berpandangan sebelum mereka menuruti langkah Farah yang dah pun mencedok lauk-pauk yang tersedia. Usai membayar harga makanan, Farah sengaja memilih tempat di sebelah Syazwan. Dila dan Hanson dah rasa tak sedap hati tapi mereka turutkan juga kehendak si Farah. Kalau mengamuk karang, lagi susah.

“You girls nak air apa? I nak pergi orderkan.” Hanson angkat kening.

“Teh o’ ais limau.” Farah menjawab, perlahan.

“Make it two, please.” Dila sengih pada Hanson.

Farah dan Dila terus mulakan suapan usai membaca doa makan. Farah sebenarnya dah hilang selera nak makan namun dia paksakan juga menelan nasi berlaukkan ikan keli goreng berlada dan sayur kangkung goreng belacan.

Syazwan masih merenung gadis itu.

‘Sebulan tak berjumpa, Farah nampak kurus.’

“Farah, kau kenapa?”

Dila bertanya bila Farah berhenti menyuap makanan.

“Aku dah hilang selera nak makan.”

Suaranya masih lagi perlahan.

“Eh, kau nak makan benda lain tak?”

Dila angkat kening pada Farah.

“Tak nak. Tell Hanson, I’m off. Sesak dada duduk kat sini.”

Farah bangun dan terus berlalu keluar selepas membasuh tangan. Hanson yang baru sampai dengan air di tangan terpinga-pinga bila Farah keluar dari kedai makan tersebut.

“Kenapalah aku lembik sangat bila berdepan dengan dia?”

Farah menggumam sendiri.

BUK!

Farah kaget. Dia tak sengaja terlanggar seorang lelaki.

“Sorry.”

Lelaki itu merengus. Habis air kopi tumpah di baju kemeja birunya. Dia angkat muka dan dia tergamam.

‘Dia!’

Farah gigit bibir saat mata lelaki itu tepat merenung matanya.

‘Dia.’

“Kita jumpa lagi.” Lelaki itu tersenyum.

Farah terdiam terkelu.

“Accident happens. Janganlah buat muka ketat sangat.”

“Saya ingat awak marah.” Perlahan suara Farah.

Lelaki itu melebarkan senyuman.

“Memang saya marah.”

Farah telan air liur yang terasa kesat.

“Saya kena ganti baju awak ke?”

Lelaki itu menggeleng.

“Saya nak berkenalan dengan awak.”

Dan lelaki itu kenyit mata, manakala Farah terpana. Syazwan yang memerhati dari jauh terasa sakit di hatinya tiba-tiba.

‘Lelaki hari tu. Apa hubungan dia dengan Farah?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience