BAB 12

Romance Completed 12417

“Syazwan, makanlah. Penat tau aku masak.”

Farah mengukir senyum walaupun Syazwan tidak langsung membuka matanya sejak dari awal dia datang.

“Ada aku suruh kau masak untuk aku? Tak payahlah semua ni, aku tak nak. Aku tak perlukan simpati dari kau.”

Ujar Syazwan dengan suara yang keras. Senyuman di bibir Farah semakin tawar.

“Aku tak simpati pun dengan kau.”

“Jadi, kau gembiralah kau aku jadi macam ni?”

Syazwan dah buka mata.

“Bukan itu maksud aku.”

“Sudahlah.” Syazwan menjeling Farah.

“Syazwan, kau tahu kan aku sayang kau? Kita kahwin?”

Farah takut-takut meluahkan rasa hatinya.

“Kau gila ke? Kau sengaja kan? Kau ajak aku kahwin sebab kau kesiankan aku, kan? Aku tak perlu belas kasihan kau!” Syazwan membentak.

“Aku serius nak jadi isteri kau. Jadi orang yang jaga kau siang dan malam. Yang jadi pendamping kau.”

“Diam! Jangan kau sebut benda macam tu! Aku tak nak perempuan macam kau jadi pendamping aku! Kau tak layak!”

“Syazwan Ilyas, aku tahu tak layak tapi aku tetap nak jadi pendamping kau.” Farah menahan sebak.

“Sudah! Keluar. Aku tak nak tengok muka kau! Aku tahu kau rasa bersalah dengan aku tapi aku rasa sudah-sudahlah. Aku tak nak perempuan macam kau masuk dalam keturunan aku.”

Syazwan pejam mata, sudah tidak mahu menatap mata Farah yang sudah basah dengan air matanya sendiri.

“Syazwan.”

Suara Puan Mazidah membuatkan Syazwan membuka kembali matanya. Hati Syazwan tertanya sejak bila umi masuk ke dalam wadnya. Kelibat Farah langsung tidak dia nampak.

“Umi, Wan nak balik.” Rengeknya. Dia memang manja.

“Memang umi nak bawa Wan balik pun.”

Puan Mazidah mengusap lembut rambut anaknya yang nampak serabut.

“Umi nak cakap something pada Wan.”

“Kenapa umi?”

“Wan tahukan yang umi sayangkan Wan.”

Syazwan mengangguk.

“Umi ada terima pinangan dari keluarga Farah untuk Wan dan umi dah terima.”

“Umi!” Syazwan terkejut.

“Umi rasa Farah boleh jaga Wan dengan sebaiknya.”

“Wan tak nak! Wan tak nak perempuan tu! Umi, jangan buat Wan macam ni.”

Syazwan menyebak rambutnya yang terasa serabut.

“Wan ni cacat umi, Wan tak nak seksa hidup dia. Dia boleh dapat orang yang lebih baik dari Wan.”

“Syazwan Ilyas! Kamu boleh sembuh kalau kamu jalani fisioterapi tapi kamu degil. Kamu kata tak nak! Umi tak kira, Farah Jasmin telah pun umi terima untuk jadi isteri kamu.”

Bila Puan Mazidah guna kata ganti diri sebagai kamu, maksudnya dia dah marah.

“Umi.” Syazwan rasa nak hantukkan dirinya di cermin.

“Kamu fikirkanlah. Kamu sudah cukup beruntung Farah masih mahukan kamu.”

Dan Puan Mazidah terus angkat kaki meninggalkan Syazwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience