“Farah Jasmin!!”
Jeritan dari tingkat atas mengejutkan Farah yang berada di dapur. Dia segera berlari ke tingkat atas.
“Kenapa abang?”
“Mana baju aku?”
“Ni atas katil ni.”
Farah capai baju jenama Polo yang ada di atas katil.
“Tak nak! Aku nak baju lain.”
“Pakailah baju ni. Kan dulu abang yang cakap abang suka baju ni.”
“Aku tak nak! Dulu mungkin aku suka tapi tidak lagi sekarang. Cari baju lain untuk aku.” Syazwan membentak.
“Abang ni kenapa degil sangat? Pakai jelah baju ni.”
Farah mula rasa nak marah. Sedih sebenarnya bila baju yang dihadiahkan olehnya dipandang sinis oleh Syazwan.
“Suka hati akulah. Aku tak nak baju ni!”
Baju yang dihulur Farah ditepis.
Farah ketap bibir.
“Susah sangat ke nak pakai baju ni?”
“Aku tak nak pakai baju yang kau bagi dekat aku! Aku jijik!”
Farah terduduk terus.
‘Susahnya nak mengawal tingkahnya yang tidak pernah mahu mengambil hatiku.
“In fact, aku jijik tengok muka kau! Aku benci tengok muka kau! Aku nak kau keluar dari rumah ni! Aku boleh hiduplah tak ada kau!”
Air mata yang ditahan, mengalir sendiri.
“Abang betul benci Farah?”
“Ya. Teramat sangat.”
Suara itu kedengaran tegas.
“Abang nak Farah keluar terus dari hidup abang?”
“Ya!”
Share this novel