BAB 6

Romance Completed 12417

Sudah sebulan berlalu, hubungan Syazwan dan Farah semakin jauh. Sudah tiada lagi kata-kata mesra, sudah tiada lagi kata gurauan antara mereka. Sudah tiada panggilan telefon, sudah hilang semua kiriman sms.

“Farah.”

Dila angkat kening bila Farah tidak menyahut. Dah dekat sebulan Farah macam ni, fikiran selalu menerawang kat tempat lain. Termenung tak kira masa tetapi kerjanya tetap tip-top. Hidup Farah sekarang seolah-olah hanya untuk kerjanya. Nama Syazwan juga tidak lagi meniti di bibir gadis yang berusia 26 tahun itu.

“Biar I panggil.”

Ujar Hanson yang entah dari mana muncul.

Dila angguk kepala.

“Farah Jasmin.”

Sengaja nada suaranya dibunyikan tegas.

Farah tersentak.

“Yes, Hanson.”

“Jom lunch.”

Hanson tersengih, lebar.

“Eh, I thought you nak marah I tadi.”

“Kenapa?”

Hanson dah berkerut dahi manakala Dila dah tergelak-gelak.

“Tadi you panggil nama penuh I.”

“Eh, I panggil sebab nak ajak you makan.”

Hanson sengih lagi.

“Oh, okey. Jomlah.”

Farah terus galas beg tangan jenama Vincci yang berwarna coklat cair.

“Imani mana, Hanson?”

Dila angkat kening.

“Dia puasalah.”

Hanson laju menjawab.

Dila dan Farah angguk laju. Imani memang selalu berpuasa sunat bila tiba hari Isnin atau Khamis.

“Jomlah. Perut dah berkeroncong ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience