BAB 18

Romance Completed 12417

“Farah!”

“Bang chik, demam ke apa? Kak Farah dah tak ada kat sini. Nak apa-apa panggil Amir.”

Syazmir yang masih lelah kerana berlari tetap melayan kerenah Syazwan.

Syazwan meraup wajahnya.

“Bang chik rindu dia.”

“Bang chik patut happy dia dah tak kacau hidup bang chik. Amir tak faham dengan bang chik.”

Syazmir mengeluh. Abang yang satu itu, memang perangainya kadang-kadang memeningkan kepala.

“Bang chik tau bang chik salah. Bang chik rindukan dia, sangat-sangat.”

Baju Polo yang pernah dia pandang sinis, dia peluk erat. Sangkanya tanpa Farah, dia mampu hidup sendiri. Sesungguhnya, dia tiada niat memperlakukan Farah seperti sebelum ini namun dia terpaksa. Dia tidak mahu menjadi beban kepada Farah. Dia tidak mahu Farah susah kerananya. Dia sayangkan Farah namun untuk menjadi beban kepada Farah, dia tidak mahu. Dia mahu Farah terus hidup senang tanpa kehadirannya.

Bukan Farah saja menanggung kesakitan, dia sendiri menanggung sakit apabila terpaksa menengking Farah. Terpaksa melukakan hati Farah. Sungguh, hatinya turut menangis bila Farah mengalirkan air matanya

“Bang chik menyesal pun tak guna. Sudahlah, jom Amir bawak bang chik ambik wudu’.”

Syazmir menolak kerusi roda abangnya menuju ke tandas.

“Amir, tolong bang chik.”

Perlahan suara itu kedengaran.

“Tolong apa?”

“Esok bawak bang chik ke hospital. Abang nak jalani fisioterapi.”

Syazwan menyatakan hasratnya. Dia terkenang kembali perbualannya dengan Puan Mazidah beberapa hari lalu selepas Farah meninggalkan dirinya minggu lepas.

“Kamu nak umi carikan Farah untuk kamu?”

“Umi.”

Tangannya berhenti dari menyuapkan makanan.

“Umi tak faham kenapa kamu buat Farah macam tu?”

Kata ganti diri KAMU itu kedengaran sangat pedih di telinga Syazwan.

“Wan tak nak dia terseksa dengan Wan. Wan tak nak dia dicemuh masyarakat bila bersuamikan lelaki cacat macam Wan. Wan tak nak Wan jadi beban dia. Sebab Wan, dia kena berhenti kerja. Wan tak suka macam tu, Umi.”

Syazwan mengeluh.

“Tapi Wan dah menyesal. Wan nak Farah balik dalam hidup Wan.”

Puan Mazidah mengeluh.

“Ada Farah merungut? Ada Farah membentak bila kena jaga kamu?”

Syazwan menggeleng. Sup di depannya direnung.

‘Sedap. Sama macam masakan Farah.’

“Maaf, kali ini umi tak mahu menolong kamu. Pandai-pandailah kamu, Syazwan Ilyas.”

Syazwan mengeluh.

“Tak apalah umi. Wan akan cuba mencari Farah, tak kira kat mana dia berada.”

“Kamu nak jalan pun tak mampu, nak pergi mencari Farah? Lupakan jelah.”

Syazwan diam. Pedihnya ayat Puan Mazidah, dia tahan kerana yang lahir dari mulut Puan Mazidah itu benar semuanya. Dek kerana perbualan itulah, dia bertekad untuk menjalani fisioterapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience