BAB 14

Mystery & Detective Completed 16358

Lena Ayyana terganggu apabila terdengar bunyi engsel tingkap seperti sedang dibuka. Dia bingkas duduk. Disapu matanya yang agak kelabu dek terjaga secara mengejut. Dihalakan pandangan ke jendela. Hatinya mula berdebar. Telefon bimbit di meja sisi dicapai. Dia menyalakan telefonnya. 15 missed call!

Luth! Kak Adel! Ayyana mula menggelabah. Disorokkan diri ke dalam selimut.

“Ayyana,” panggil satu suara di jendela yang sudah terbuka. Menggigil Ayyana di sebalik selimut.

Dia tidak berani mahu bersemuka dengan pemanggil namanya itu.

“Ayyana,” seru suara itu lagi.

Tiba-tiba ada tangan yang cuba menyentuh Ayyana. Ayyana menepis kasar.

“Okey… okey. Saya ni, Luth,” Barulah Ayyana berani mengalihkan selimut dari tubuhnya. Nampak sahaja Luth yang sedang duduk di sisinya, dia terus memeluk tubuh sasa itu.

Lutfil senyum. Diusap kepala Ayyana lembut. Ayyana yang difikirnya tenang itu juga punya perasaan takut, huh. Manja juga rupanya.

“Kenapa masuk ikut tingkap? Pintu kan ada,” Ayyana mengangkat wajahnya yang tersembam di dada bidang Lutfil.

“Imran hired bodyguards to guard us. Dua orang polis yang jaga di pagar rumah, dia orang dah tembak mati,” jelas Lutfil. Suaranya seakan berbisik.

“Kak Adel?” Ayyana mencengkam lengan Lutfil.

“Don’t worry. She’s with her husband, next room. Awak pergi siap ala kadar, kita naik bilik atas,” suruh Lutfil. Ayyana tidak berganjak. “Kenapa?” soal Lutfil, pelik.

“Sejak bila rumah ni ada bilik atas?” Lutfil bagai mahu hamburkan tawa. Sempat lagi Ayyana memikirkan hal itu dalam keadaan cemas. Mungkin masih mamai agaknya.

“My secret room. Pergilah siap. We have to rushing, dear,” Ayyana pantas turun dari katil. Dia bergerak ke wardrobe.

T-shirt lengan panjang dan jeans blue black disarungkan ke tubuh. Setelah itu, dicapai sehelai tudung bawal printed, senang untuk dipakai. Usai mempersiapkan diri, Ayyana kembali ke katil. Lutfil sedang menantinya sambil menaip sesuatu di dada telefon. Ayyana mengambil handphonenya.

“Dah?” Ayyana mengangguk. “Jom,” Lutfil menghulurkan tangannya kepada Ayyana dan hulurannya bersambut.

Mereka bergerak perlahan ke pintu bilik. Lutfil memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Ian dan Adelin sudah berada di luar bilik.

“Naik ikut mana, Luth?” soal Ian. Adelin di belakang memegang tangannya erat. Ayyana yang terpandang Adelin, senyum. Adelin mengenyitkan matanya.

Tips pertama yang diajar Adelin; berpura-pura ketakutan walaupun okey saja kerana di waktu cemas beginilah kita boleh menilai jika si suami itu risaukan isterinya atau tidak.

“Ikut kiri. Be careful, dia orang maybe tengah intip keadaan dalam rumah,” Lutfil menarik tangan Ayyana.

Dia mengetuai langkah mereka untuk ke bilik rahsia yang sering menjadi tempat kerjanya satu masa dulu. Ketika dia masih lagi pengintip polis. Sudah agak lama dia tidak naik ke bilik rahsia itu. Entah bagaimanalah keadaan bilik itu. Harap-harap bolehlah dijadikan tempat persembunyian mereka buat sementara waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience