Completed
16488
?Ya Allah, hamba-Mu yang semakin lemah ini memohon agar Engkau menunjukkan kebenarannya. Hanya Engkau lebih mengetahui apa yang berlaku. Aku meminta agar Engkau tunjukkan kepada mereka bahawa bukan aku pembunuh itu. Ya Allah, ampunilah dosa hamba jika ada yang hamba terlepas pandang ketika memberikan keterangan. Engkau kuatkanlah hatiku agar tidak terpesong dari jalan-Mu. Terlalu banyak fitnah dunia yang perlu aku harungi, Ya Allah. Kuatkanlah aku??
Ayyana menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.
?Ya Allah, Kau tabahkan hati ahli keluargaku di saat ni. Pasti mereka sedang bersedih memikirkan tentang aku. Kau kuatkanlah hati mereka untuk menerima apa jua keadaanku. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Bantulah aku, Ya Allah,? rintih Ayyana. Air mata tidak kering dari mengalir di pipi gebunya.
Dugaan ini terlalu berat untuk dia pikul seorang diri. Dia perlukan sokongan untuk mengharungi semua ini. Tidak dipinta untuk dianggap pembunuh. Tidak pernah menyangka hal seberat ini berlaku kepadanya. Namun, jauh di sudut hati Ayyana, dia mengharapkan ujian ini akan memberinya pengajaran dan mengukuhkan lagi imannya. InshaaAllah.
Share this novel