Datuk Dani memandang Lutfil dengan pandangan redup. Dia mahukan jawapan dari Lutfil malam ini juga. Datin Vee usap bahu Lutfil agar anak lelakinya berfikiran tenang. Cadangan Datuk Dani bukannya ringan seperti kapas. Berat sekali hati Lutfil untuk menyetujui permintaan papanya itu. Ugh!
“Kita perlu berbuat sesuatu, Fi. Papa dah berbincang dengan keluarga Ayyana. Dia orang pun sudah bersetuju. Lagipun, Fi dan Ayyana kan sudah rapat. Rasanya, tak susah untuk biasakan diri,” Lutfil gigit bibir.
Masalahnya, dia dan Ayyana sudah biasa sebagai kawan. Dia tidak mahu Ayyana tidak selesa jika mereka disatukan hanya kerana kes ini. Lutfil yakin, Ayyana tidak bersalah. Suatu hari nanti, pasti kebenaran akan terbongkar. Huh, beratnya keputusan yang perlu diberikan kepada kedua orang tuanya ini. Datuk Dani dan Datin Vee seperti mengharapkan berita baik.
“Papa, mama, give me a time. I need to refresh my mind since I just met her this afternoon. I’ll tell both of you when I make my decision. Solid decision,” Datuk Dani dan Datin Vee saling berpandangan.
“Okey. Fi pergi naik dulu. Papa bagi masa tiga hari. Fikirlah habis-habis,” Lutfil mengangguk. Dia ulas senyum pada mamanya sebelum membawa diri ke bilik.
Datuk Dani mengeluh kecil.
“Abang, bagi dia masa. Sementara polis masih siasat kes Emma, biarlah dulu. Keluarga Ayyana pun belum beritahu Ayyana lagi pasal ni. Vee yakin, Ayyana pun sama macam Fi. Kita tak tahu apa yang dia orang rasa,” ujar Datin Vee.
“Iyalah. Esok Vee ikut abang jumpa keluarga Ayyana,” Datin Vee angguk.
Semoga jawapan yang dimahukan mereka yang diterima. Datuk Dani tahu, syaratnya untuk membebaskan Ayyana akan membebankan keluarga Ayyana. Namun, itu sajalah caranya untuk menyatukan Lutfil dan Ayyana. Niatnya murni dan di sebalik permintaan itu, Datuk Dani sudah pun menemui pembunuh Emma yang sebenar. Segala bukti yang dia temui sudah diberikan kepada Inspektor Hafiy.
Share this novel