BAB 17

Mystery & Detective Completed 16358

Skrin komputer-komputer yang terpasang, Lutfil teliti satu per satu. Setiap satu komputer merakamkan keadaan di tempat-tempat yang berbeza. Dari situ, dia boleh mengetahui pergerakan orang-orang Imran. Ada gunanya juga dia memasang CCTV di segenap banglonya itu. Dia sekadar suka-suka sahaja dan kamera yang terpasang juga tidak mampu untuk dilihat secara kasar kerana perantinya disembunyikan sebaik-baiknya.

Ian pula cuba berbual dengan Adelin, mengalihkan tumpuan Adelin agar tidak terlalu memikirkan situasi mereka sekarang ini. Walaupun dia sedia maklum akan ketenangan Adelin menghadapi situasi cemas, dia tetap risau. Adelin masih dalam tempoh ibu berpantang, secara kasarnya. Kira masih baru lagilah, enam bulan.

Ayyana yang bosan di sofa, menghampiri Lutfil yang kusyuk meneliti pergerakan penjenayah.

“I’m sleepy. Can we have a nap for minutes?” Lutfil tersentak kecil.

“Awak pergilah tidur…”

Ayyana buat muka. Lutfil seakan tidak berminat untuk melayannya. Ditoleh ke belakang. Ruang di mana Ian dan Adelin berada terpisah dengan ruang mereka berada tika ini. Mujur ada almari tinggi yang memisahkan ruang-ruang. Bolehlah Ayyana bermanja sedikit dengan Lutfil. Isk.

“Tak apalah. Saya duduk sini, tengok muka penyangak-penyangak ni lagi bagus,” kata Ayyana selamba.

Lutfil pandang Ayyana lama.

“What?” Ayyana menjeling Lutfil di sisinya tajam.

“Nak apa sebenarnya ni?” Selembut mungkin Lutfil menyoal. Hilang sudah perbualan formal mereka sebelum ini.

“Hmmm? Nak tengok penjahat-penjahat nilah,” balas Ayyana malas. Sebal hatinya tika ini. Dia tengok Ian dan Adelin bukan main sweet lagi.

Pandang sahaja muka Lutfil, hormon adrenalinnya seakan menghilang. Huh!

“Mya Ayyana…”

Ayyana ketap bibir perlahan. Tidak suka lelaki itu memanggil nama penuhnya. Jika disebut dengan penuh romantiknya, tidak apalah juga. Ini? Ugh! Pusing kepala dia ni.

“Ya?”

“Where is my Ayyana?” Huh? Ayyana lawan pandang Lutfil. Apa maksud suaminya itu? Siapa Ayyana dia?

“Saya ada pergi mana-mana ke?” tanya Ayyana, polos. Lutfil beriak serius.

“Look, I’m in weirdo situation. Why are you behaving like this?”

Ayyana senyum. Dilarikan jari telunjuk di wajah kacak Lutfil. Bukannya reaksi tenang ditunjukkan pada Ayyana, tetapi tegang. Mata Ayyana jatuh pada kemeja hitam di tubuh Lutfil. Kemeja itulah yang dipakai Lutfil ketika keluar dari rumah pagi semalam. Masih kemas, lengan disinting hingga ke siku.

“Because I’m always like this, my dear hubby. Awak aje yang tak perasan. Elok saya nak bermanja, awak tayang muka ignorant awak tu. Saya nak bergurau, awak jeling saya. Manalah awak nak tahu perangai isteri awak macam mana,” Lutfil kerut dahi.

“Eh, itu awak punya reaction, okey. Saya mula nak sweet-sweet dengan awak, awak sibuk dengan kerja-kerja awak tu. Saya ajak awak pergi honeymoon, awak keluar soalan lain. Soalan pandai awak,” Ayyana senyum, sedar akan kesilapannya.

Heh, suami isteri… sama-sama keliru akan diri masing-masing.

“Okey, sama-sama salah. Tapi, kan awak. Yang pasal honeymoon tu, bukan saya setuju ke? Saya tak bantah pun. Awak sendiri yang cadangkan saya boleh resign. Lagi satu, soalan setiausaha tu. I asked you very seriously, right?”

Lutfil terpaksa angguk. Itulah kebenarannya. Dia sendiri yang tidak pandang serius akan kata-kata Ayyana ketika itu.

“So, fair and square?” Lutfil hulurkan salam. Ayyana menyambutnya dengan senang hati. Salah faham saja pun.

“Luth, jom,” sampuk Ian. Lutfil dan Ayyana berpaling serentak. Ian sedang membetulkan senjatanya.

Lutfil dan Ayyana saling berpandangan.

“I have to go…”

“Be careful. Saya tunggu awak,” Ayyana menyalami tangan Lutfil.

Kepala Ayyana yang bersalut tudung itu, Lutfil usap lembut. Jantungnya berdebar saat mata jatuh pada wajah isterinya itu. Hati sudah berbungakah? Dia tahu Ayyana juga mempunyai rasa yang sama. Jika tidak, mustahil Ayyana sanggup menyerah diri padanya kan. Tsk.

“Awak duduk aje sini dengan Adel. Apa-apa pun jadi, awak kena stay kat sini sampai semuanya settle, faham. Behave,” Ayyana mengangguk.

Ayyana dan Adelin menghantar suami-suami mereka dengan perasaan yang berbelah bahagi. Adelin peluk Ayyana. Wanita itu masih belum biasa dengan keadaan seperti ini. Tambahan pula, Lutfil hanya dikenali sebagai seorang businessman sebelum mereka berkahwin. Sudah tentu Ayyana terlalu risaukan Lutfil.

Lutfil dan Ian menyelinap keluar melalui pintu belakang penuh hati-hati. Seperti yang diperhatikan pergerakan yang berlaku berdasarkan rakaman CCTV, Lutfil sudah memahami corak permainan mereka. Satu mesej sudah berjaya dihantar kepada Hadi. Semoga misi mereka malam ini berjaya.

“Luth, hujung sana ada dua orang. Ambil ni,” Ian menyerahkan pistol yang sudah diisi peluru kepada Lutfil.

“Good luck, friend,” ucap Lutfil sebelum menghilang di sebalik semak di bahagian tepi rumah.

Ian pula bergerak ke sudut belakang rumah. Mujur kawasan itu terlindung oleh garaj pertukangan Lutfil. Peranti handsfree diaktifkan untuk berhubung dengan pasukannya. Ian tertunduk sedikit apabila seorang lelaki berbadan besar membuat rondaan. Hatinya mula menyumpah seranah pada Imran.

Pengecut punya orang, hanya mampu hantar konco-konco sahaja. Lain benar dengan Mutia yang begitu berani berhadapan dengan musuhnya. Namun, Ian terfikir seketika. Lutfil yang dikenalinya bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah. Jika konco-konco Imran tidak tumpas, dirinya sendiri akan tertumpas. Ugh!

“Hadi, move,” arah Ian tegas.

Dia mula bergerak ke bahagian yang lebih terbuka. Jika masih bersembunyi di sini, sampai bila pun perkara tidak selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience