“Sayang, I nak pergi tandas sekejap eh,” beritahu Emma.
“Iyalah, jangan lama sangat,” pesan Lutfil kepada kekasihnya.
Emma meninggalkan dewan dan berlalu ke tandas yang terletak berdekatan dengan pintu keluar dewan. Lutfil kembali ke mejanya setelah puas menari bersama Emma.
“Emma mana, Fi?”
“Pergi tandas, ma. Papa mana? Tak nampak pun,” Lutfil menyoal mamanya.
“Ada kat meja hujung sana. Nak berbual dengan Ayyana katanya,” jawab Datin Vee sambil membetulkan lengan baju kebayanya.
“Bukan main rancak lagi dia orang berbual. Mama tak join dia orang ke?”
“Tadi mama dah jumpa Ayyana. Papa tu yang sibuk sampai aje sini tadi. Mama risau juga biar Ayyana seorang kat situ tanpa teman. Itu yang papa pergi temankan dulu,” Lutfil mencapai gelas air orangenya sebelum di bawa ke mulut. Lega sungguh tekaknya yang haus.
“Kat sini ramai oranglah. Tak adanya orang nak culik Ayyana kesayangan papa mama tu,” Datin Vee ketawa kecil.
“Tak payah nak cemburu sangatlah, Fi. Kami risaulah sebab tadi Imran ada tegur Ayyana. Buatnya Imran bawa lari Ayyana, kamu nak tanggung?” Lutfil menjuihkan bibirnya.
Papa dan mamanya kalau tak mengambil berat tentang Ayyana, boleh seharian tak senang duduk. Ayyana inilah, Ayyana itulah. Hari-hari, nama Ayyana yang disebut orang tuanya itu. Sehinggakan, ketika berhubung dengan adik kesayangannya itu pun, perihal Ayyana juga diungkit.
“Bukannya cemburu, ma. Cuma, meluahkan pendapat,” Datin Vee menjeling anak lelakinya. Ada sahaja Lutfil ingin menjawab.
Share this novel