Lutfil pandang Ayyana tajam. Ayyana hanya berlagak biasa. Dia kenal Lutfil, renungan tajam itu tidak mampu menakutkan dia.
“Luth, bukan saya yang bunuh Emma. Awak nampak kan, saya sendiri pun terkejut masa tu. Tolonglah saya,” Lutfil melepaskan keluhan berat.
“Sebelum tu, papa dan mama kirim salam. Jadi, siapa yang bunuh Emma?”
Ayyana menggeleng. Kiriman salam dari Datuk Dani dan Datin Vee dijawab di dalam hati.
“Sumpah, bukan saya,” Ayyana sudah mengangkat sumpah. Dia mahu Lutfil percaya akannya.
“No need to do that, Mya Ayyana. I trust you,” kata Lutfil tenang. Disandarkan tubuh ke kerusi.
“Awak tahu ke siapa pembunuh Emma?” Lutfil geleng.
Jika dia tahu, sudah tentu dia akan membebaskan Ayyana daripada tuduhan yang berat ini. Dia sendiri masih samar akan kejadian itu. Masuk sahaja ke dalam tandas untuk memanggil Ayyana dan Emma, dia melihat Emma sudah terbaring di lantai tandas. Dan, Ayyana berdiri di sisi teman wanitanya itu dengan riak terkejut.
Bibir gadis itu juga terketar. Tangan Ayyana dilihatnya cuba memeriksa nadi Emma. Saat itu juga gadis itu menangis ketakutan. Sebelum sempat mereka berbuat apa-apa, muncul seorang wanita yang menjerit. Suasana dewan mula kecoh. Disebabkan itulah, Ayyana dituduh membunuh Emma.
“Teruskan berdoa. Kebenaran pasti terbongkar. Tapi, awak kena sabar. Polis masih menyiasat semua tetamu yang hadir malam tu,” Ayyana mengangguk lemah.
“Keluarga saya macam mana? Mesti dia orang malu kan, anak perempuan dia orang masuk penjara? Nanti dah keluar, semua orang gelar saya banduan,” Lutfil pandang wajah Ayyana yang semakin pucat itu.
Mata yang dulunya bersinar, sudah hilang serinya. Muka Ayyana yang ceria, mampu membahagiakan papa dan mamanya juga semakin suram. Entah kenapa, dia seakan mahu menggantikan tempat Ayyana. Pasti gadis itu terseksa tinggal di dalam lokap, tanpa sesiapa. Tambahan pula, Ayyana hanya seorang gadis yang lemah.
“Papa dah uruskan keluarga awak. Insha Allah, esok dia orang datang sini. Keluarga awak pun percayakan awak. Jadi, awak tak payahlah risau. Staf-staf Delia Holding pun tak pernah bersangka buruk tentang awak. Tapi, dua tiga orang yang mulut busuk tu biasalah,” Ayyana tergelak kecil.
Lutfil Hadi, seorang lelaki yang memainkan pelbagai watak di dalam hidupnya. Dialah kawan, dialah abang dan dia jugalah yang mampu membuatkan Delia Holding haru biru dikerjakan mereka. Sebab apa lagi jika bukan lelaki itu mencari pasal dengan Ayyana.
“You’re comforting me too much, boss. I’m okay right here. But, you’re the one who suffering a lot. She’s your girl, Luth. Saya yang dituduh membunuh girlfriend awak, tapi masih nak comfortkan hati saya…”
“Because of that, I’m here. I know you’re not her murderer. Tapi, tak ada bukti yang boleh bantu awak buat masa ni. Be patient for a little while. I’m trying to help you, no matter what,” Senyuman Ayyana itu mampu melegakan hati Lutfil sedikit.
Bukan dia sahaja yang merisaukan gadis itu, tetapi semua yang rapat dengan Ayyana turut bersusah hati.
“Thank you, Luth. You’re always on my side even… jahat sikit…”
“Mya Ayyana, you’re talking bad about me. Behave,” kata Lutfil tegas. Ayyana mencebik. Seperti biasalah, dia mana takut akan amaran Lutfil.
“I’m behaving what. Just cheer up myself by teasing you, boss. Tak ada shortlist ke siapa yang bermusuh dengan Emma? I mean, maybe someone who want to get revenge on her. Awak kan boy dia, takkanlah awak tak tahu?”
Lutfil geleng perlahan.
“We’re not in serious relationship,” Terjatuh rahang Ayyana ketika itu.
“What? Whoa, bos. Great. I thought both of you are in love,” Lutfil gelak kecil. Ayyana… Ayyana.
“No. We just have fun together. We both know that our relationships will not long lasting. Tapi, saya tak sangka dia akan pergi dengan cara begini,” Ayyana sengih senget.
“O… key. Awak tu dah masuk three series, tapi still tak ada isteri. Lelaki memang suka eh kahwin lambat?”
“Kenapa? Kau teringin nak kahwin awal ke?”
“If I have that chance, why not. Tapi, tulah. Entah sampai bila saya kena tahan kat sini,” Ayyana kembali muram. Sedih memikirkan nasib dirinya yang masih terperangkap di sini.
“Doakan senjata para mukmin. Insha Allah, what goes around come around. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya…”
“Akan jatuh ke tanah juga,” potong Ayyana.
Lutfil kerut hidung. Memang patutlah Datuk Dani dan Datin Vee menyukai Ayyana. Adakalanya, gadis itu berperangai gila-gila. Tiba waktu serius, sehabis mungkin Ayyana cuba meletakkan hal itu serius. Gadis itu mampu menceriakan hati orang-orang di sekelilingnya. Kebanyakan staf Delia Holding menyenangi sikap Ayyana yang happy go lucky itu.
Share this novel