BAB 9

Mystery & Detective Completed 16358

Tuala dicampakkan ke tilam. Lutfil duduk di birai katil. Setiap patah perkataan yang terbit dari mulut Datuk Dani seakan berlari di mindanya. Dicapai telefon bimbit di atas meja sisi. Dia mendail nombor sahabat baiknya.

“Assalamualaikum, bro,” sapa Lutfil terlebih dahulu setelah panggilannya dijawab.

“Waalaikumsalam. Apehal malam-malam cari den?”

“Ian, I need your help. Staf aku dituduh membunuh Emma. Tapi, aku tahu… bukan dia yang bunuh,” Sekali nafas, Lutfil memaklumkan pada sahabatnya itu.

“Siapa handle kes dia?” soal Ian di hujung talian.

“Inspektor Hafiy,” beritahu Lutfil. Dia bergerak ke meja kerjanya. Dikeluarkan pen dan kertas. Dilakarkan sesuatu pada permukaan putih itu.

“Hafiy. Oh, okey. Esok kau jumpa aku kat office. Tapi kan, Luth. Staf mana yang buat kau gelisah semacam aje ni? I thought, late Emma is your future wife,” Lutfil tergelak.

“Siot. Mana kau tahu staf aku tu lelaki ke perempuan? Memandai aje kau teka, kan?” Ian gelak besar. Lutfil menggelengkan kepala apabila terdengar bunyi tangisan bayi. Terkejut agaknya dek gelak besar si Ian itu.

“Weh, aku ni bestfriend kau dari jauh tahu. I know you very well, Luth. So, wanna tell me now or tomorrow?”

“I’ll tell you, right now. Papa aku nak aku kahwin dengan staf aku tu. Semua tu sebagai jaminan dia akan lepaskan Ayyana…”

“So, that girl is Ayyana? Mya Ayyana, the girl that you’ve told us before. Am I right?” Lutfil ketap bibir. Kantoi!

“Ya. Stop teasing me,” Tahu sangat. Sudah tentu Ian akan mentertawakannya gila-gila punya.

“Okey. Ayyana tahu tak lagi yang kau ni bekas pengintip polis?”

“Buat apa pulak dia perlu tahu? Papa aku baru aje nak aku kahwin dengan dia, okey. Aku ni bekas pengintip polis yang dah pencen. Lainlah kau dan Hadi, ada jawatan besar,” Ian ketawa kecil.

“That is our dream, bro. Kau pun sama kan, tapi uncle Dani halang habis-habisan cita-cita kau tu. Nak jugak kau uruskan Delia Holding,” Lutfil mengeluh kecil.

“Tak apalah, Ian. Janji papa aku happy. Dah lama dalam business field, buat aku dah tawar hati dengan cita-cita aku. Aku tengok kawan-kawan aku berjaya, aku tumpang bahagia,” Ceh, skema punya ayat.

“Iyalah, Luth. I’ll talk to Hafiy. So, just relax yourself before the big event comes around,” Nada Ian kedengaran serius.

“I will. See you soon,” Lutfil matikan talian.

Dia bersandar di belakang kerusi empuknya. Big event comes around? Ya, dia perlu akui kenyataan itu. Mya Ayyana, maafkan saya. Maaf kerana dia bakal mengikut cadangan papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience