BAB 2

Mystery & Detective Completed 16358

Instrumental music; And the I kissed you by Pearl Harbor mula kedengaran di segenap dewan. Pasangan yang hadir mula mengambil tempat untuk menari. Ayyana sesak sendiri. Jika bukan Datuk Dani menjemputnya ke majlis ini, jangan harap dia ingin ke sini.

Pekerja bawahan sepertinya hanya menurut arahan pihak atasan sahaja. Tambahan pula, Datuk Dani banyak membantunya. Daripada dia tidak tahu apa-apa tentang dunia perniagaan, Datuk Dani banyak memberi tunjuk ajar sehinggakan dia mampu menggalas tugasan besar syarikat ternama itu.

“Ayyana, seorang aje ke?” tegur Datuk Dani. Panjang umur ahli korporat itu. Pantang disebut, pasti muncul. Dilabuhkan punggung di sebelah Ayyana. Seronok juga berbual dengan stafnya itu.

“Seorang ajelah, Datuk. Mana Datin?”

“Datin dengan kawan-kawan dialah. Kalau bawa teman, boleh juga Ayyana menari,” Ayyana tergelak kecil.

“Bawa adik saya yang baru tingkatan tiga tu, Datuk? Dia bukan pandai menari. Lainlah, kalau saya ada suami. Boleh jugalah tunjuk skill,” Datuk Dani gelak senang.

Ayyana memang mesra alam. Gadis itu jarang sekali dilihatnya bermasam muka. Terubat rindunya pada anak daranya yang kini sedang melanjutkan pelajaran ni luar negara. Keletah Ayyana yang bersahaja itu, mampu membuatnya tenang. Isterinya, Datin Vee turut menyenangi stafnya itu.

“Itulah kamu. Saya dah pesan dulu, kerja tu kerja juga… pasangan hidup kena cari juga. Hidup seorang ni bukannya seronok sangat,” ujar Datuk Dani.

“Tak sampai jodoh saya lagi, Datuk. Lagipun, saya bukannya tua lagi. Macam muda aje nak kahwin sekarang,” Ayyana sekadar berseloroh. Boleh dikatakan mudalah Ayyana ni. Minggu depan genap usianya dua puluh lima tahun.

“Kamu tu yang memilih sangat. Kalau ikutkan usia kamu sekarang ni, saya dan Datin dah ada anak dua orang tahu…”

“Kira jodoh Datuk sampai awallah tu. Datuk doakanlah yang terbaik untuk saya. Inshaa Allah, mana tahu tahun ni jugak saya jemput Datuk makan nasi minyak,” Datuk Dani ketawa besar. Faham sangat gadis itu sudah malas melayan apabila soal jodoh dibangkitkan. Ayyana hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience