BAB 15

Mystery & Detective Completed 16358

Lutfil membuka lampu meja, keadaan sebenar bilik rahsia mula kelihatan walaupun dalam samar-samar. Ditarik langsir agar orang luar tidak boleh nampak lampu yang bercahaya suram itu. Ian dan Adelin duduk di birai katil bujang yang terletak di tengah-tengah bilik, antara ruang meja panjang yang dipisahkan oleh almari tinggi dan juga sofa.

Ayyana berdiri statik di sisi suaminya. Ke mana Lutfil melangkah, ke situlah dia melangkah. Dia tidak mahu jauh dari Lutfil.

“Bilik ni complete semuanya. Aku tak tahu pun, Luth,” Mata Ian mula menerawang di segenap bilik.

“Dah nama pun rahsia, mana boleh bagitahu,” Adelin tergelak kecil. Semua mata pandang Adelin.

“Kenapa, mummy?”

“Daddy dan abang Luth punya otak samalah. Cakap pun benda yang sama. Ingat tak masa mummy tanya apa rahsia daddy dengan Chiya tu? Jawapan tulah yang daddy bagi,” Ian tergelak. Tak perasan pula dia.

“Eh, of course. Three-friend forever, right? We have the same thought…”

“Apa-apa ajelah, daddy. Bilik ni macam tempat eksklusiflah, abang Luth,” Lutfil angkat kening.

“Tengok oranglah,” Ian mencebik.

“Mya, are you here?” Ayyana sengih apabila semua mata kini terarah padanya. Dari hidung hinggalah dahi, berkerut.

“Awak okey ke ni?” soal Lutfil, risau.

“Okey. Cuma, terfikir something,” Sememangnya otaknya sedang mencerna sesuatu. Setiap perbualan ketiga-tiga mereka dia dengar. Cuma, mindanya sahaja ke lain.

“Apa?”

“Abang Ian, ACP. Kak Adel, ex police officer… international. Luth, ex undercover. Why did we have to hide in this room? Is there something that police can’t face this case?”

Naaa, bijak Mya Ayyana. Otak bergeliga. Lutfil, Ian dan Adelin saling berpandangan. Soalan Ayyana bagaikan menjerut leher mereka. Ayyana seolah-olah cuba menpertikai kredibiliti mereka.

Lutfil tenung mata Ayyana.

“Ayyana, situasi di luar bukan seperti yang awak bayangkan. Polis memang sedang mengawasi kawasan rumah kita, tapi tindakan orang-orang Imran tak terjangkau dek akal kita. Dua orang anggota polis dah tumpas. Takkan nak korbankan lebih ramai nyawa lagi?”

Ayyana tertunduk.

“Sorry,” ucap Ayyana, penuh rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya meragui ketiga-tiga mereka.

“You’re always with your brilliant thought, Ayyana. Please, use your excellent brain to think about others,” ujar Lutfil.

“Okey,” Ayyana berpura-pura senyum. Padahal, hatinya sudah menangis.

Dia juga punya kelemahan. Otaknya bukannya selalu berfikiran matang. Adakalanya, dia tersangkut juga. Ayyana juga mahu dirinya dimanjai, dibelai, diberi perhatian. Selepas kejadian dia dipenjara, dia berpura-pura kuat demi keluarganya. Kebolehannya yang mampu menyembunyikan rasa hatinya digunakan sebaik mungkin.

“Mya, meh duduk dengan kak Adel,” panggil Adelin. Dia simpati dengan Ayyana. Dia juga perempuan.

Kali ini, dia sudah menjumpai perbezaan di antara Ian dan Lutfil. Ian akan melindunginya biarpun tahu dia bekas polis. Sedangkan Lutfil seperti melepaskan isterinya terkapai-kapai sendiri. Atau, itu cara Lutfil melindungi Ayyana? Adelin terfikir seketika, dipandang Lutfil. Nah, Lutfil menggunakan serangan psikologi untuk menenangkan Ayyana. Bibir Adelin mengukir senyum nipis.

“Your sis panggil, Ayyana,” Ayyana mendongak memandang Lutfil. Dia menggeleng. Diukir senyum pada Adelin, tanda dia selesa di sisi suaminya. Adelin mengangguk faham.

“Luth, toilet ni boleh guna ke?”

“Boleh aje…”

“Mummy duduk sini kejap, daddy nak pergi toilet,” Adelin kerut hidung sambil buat muka. Ian ketawa kecil sebelum berlalu ke tandas. Nasib ada makhluk dua orang itu. Jika tidak, sudah lama dia ngap si Adelin tu. Tsk. Dirty mind lorh!

Lutfil menarik sofa dengan tenaganya. Ditutup pintu bilik rahsia itu. Manalah tahu, jika penyangak-penyangak itu berjaya menceroboh ke dalam rumahnya. Walaupun bilik ini agak tersorok, tak mustahil mereka akan menjumpainya. Bak pepatah; sediakan payung sebelum hujan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience