BAB 19

Mystery & Detective Completed 16358

Datin Vee berpaut pada lengan suaminya. Lemah sungguh hatinya melihat Lutfil yang terbaring di atas katil. Wayar-wayar berselirat di badan anak lelakinya itu. Datuk Dani cuba bertenang. Puas dipujuk hati; Lutfil Hadi adalah seorang anak lelakinya yang kuat. Anaknya itu mampu menempuh apa jua keadaan.

“Datuk,” sapa Hadi.

Datuk Dani dan Datin Vee pandang Hadi serentak.

“Imran macam mana?” soal Datuk Dani.

“Imran masih di unit ICU, kritikal,” maklum Hadi. Datin Vee melepaskan keluhan berat. Dihala pandangan ke dalam bilik wad. Bibirnya melirik senyum nipis.

“Semoga dia cepat sembuh,” kata Datuk Dani tanpa perasaan. Padah akibatnya jika Imran meninggal dunia begitu sahaja.

“Datuk dan Datin jangan risau. Insha Allah, semuanya akan kembali normal. Pihak polis dah buat keputusan untuk menjamin Ayyana. Lusa, Ayyana sudah boleh dibebaskan,” Datuk Dani menghela nafas lega.

“Alhamdulillah. Pengorbanan Ayyana untuk selamatkan Fi, takkan pernah kami lupakan. Tak sia-sia, kami menjodohkan mereka berdua…”

“Jodoh Allah, Datuk. Lagipun, tindakan Ayyana tu dikira mempertahankan diri. Disebabkan dia jugalah pasukan kami dapat tumpaskan konco-konco Imran. Tapi, tak sangka Ayyana terus tembak Imran,” Hadi dan Datuk Dani tergelak, lucu.

Ketika salah seorang konco Imran menembak Lutfil di bahagian kepala, Ayyana turut bertindak menggunakan pistol yang tercampak di tanah dek pergelutan Lutfil dan Imran. Tidak disangka Ayyana terus sahaja menembak dada Imran tanpa berfikir. Mungkin, fikirannya hanya pada Lutfil yang ketika itu sudah terbaring lemah.

Jika Adelin yang menembak, mungkin polis takkan mengambil apa-apa tindakan kerana wanita itu mempunyai lesen menembak. Sedangkan Ayyana? Huh! Agak-agak, apalah komen Lutfil jika dia sedar nanti. Berbangga mempunyai seorang isteri yang berani atau dia mengkritik hebat isterinya itu?

*****

Ayyana termenung di pangkin. Mata memandang sawah yang menghijau. Abah dan umi sedang sibuk membetulkan orang-orang terpacak di tengah-tengah sawah. Entah apa yang digaduhkan mereka pun tak tahu. Ada sahaja perkara yang akan didebatkan. Menurut abah, sedari dulu lagi umi suka nak membantah cakap abah. Tetapi, sudahnya diikutkan jua semua arahan abah. Kata umi, itu sekadar mahu mengusik abah.

“Bergaduh lagi?” Ayyana menoleh ke belakang. Senyuman lebar terukir. Dia bangkit dan menghampiri lelaki yang sedang tersenyum kacak itu.

“Macam biasalah,” Dibantu Lutfil duduk di pangkin.

“Tapi, romantiklah abah dan umi tu. Gaduh-gaduh manja. Macam awaklah, sebijik perangai umi. Membantah dalam tenang,” Ayyana cubit lengan sasa Lutfil.

“Itu namanya meluahkan pendapat, abang. So, how’s your day in my kampung?”

Lutfil angkat kening sebelah.

“So far so good. Nice view, nice people. Of course, I found the new you. Village girl also intelligent, huh…”

“Women, I’m not a girl anymore. Malam ni Pak Jenol datang urut lagi, abang okey ke?”

“Soalan lagi,” Ayyana tergelak.

“Yalah. Soalan perlukan jawapan. That’s how the conversation goes on, right?”

Lutfil menganggukkan sahaja.

“Abang okey aje. Tapi, perlu ke teruskan urutan tu? Doktor kan dah cakap, kaki kiri abang ni dah tak boleh nak sembuh. Kecederaan saraf tak ada penyembuhnya, sayang,” ujar Lutfil, mengharapkan pengertian Ayyana.

“Abang, we do what we want. That’s your word. Now, I’m doing what I want. Saya nak suami saya sembuh. At least, we try our best. Sembuh ke tak, itu kerja Allah. Kalau dah kaki abang tak boleh sembuh, terima ajelah. Saya bukannya sayang kaki abang aje, tapi satu badan abang ni,” Lutfil gelak besar.

Tangannya yang memegang tongkat, hadiah dari Datin Vee meletakkan tongkat itu ke tepi. Dia peluk bahu Ayyana.

“So sweet. Syukur, abang masih berpeluang hidup as your husband, Mya Ayyana. Because of your word, abang cuba kuatkan semangat abang…”

Ayyana kerut dahi.

“Saya cakap apa?”

“Awak teringin nak panggil abang, abang. Kan kan kan?” Ayyana melemparkan senyum penuh kepura-puraannya itu.

“Derrr, of course. Abang tua dari saya lapan tahun tahu? Plus, abang tu husband saya. Teringinlah jugak nak panggil manja gitu…”

“Oh, abang terima alasan tu. Memandangkan awak cakap abang ni dah tua, sepatutnya abang dah boleh sangat ada anaklah kan?”

“Boleh…”

“Errr, sayang. Awak pasti ke boleh?” Bertambah berkerut dahi si Ayyana tu. Sudah kenapa suami dia ni?

“Kenapa abang ni?”

“Iyalah. Anak tu bukan abang sorang yang usaha, awak pun kena jugak,” Lutfil sembunyikan tawanya. Dia sekadar mahu menguji isterinya sahaja. Manalah tahu jika Ayyana masih belum bersedia.

Ayyana senyum sungging. Dia memandang ke tengah sawah, abah dan umi masih berdebat sambil menolak orang-orang itu sehingga jatuh.

“Abang koma berapa lama?”

“Emmm, dua bulan. Then, I have my treatment for half month. Why?” Tepat sekali kiraan Lutfil itu.

“Good, very good. Sepatutnya, abang pun kena peka dengan kesihatan isteri abang ni jugak. Part panggil abang tu, dengar pulak. Part lain? Tak dengar?”

“Tell me,” Lutfil juga punya side yang mahu menguji isterinya. Takkanlah dia tidak mengambil berat tentang Ayyana.

Cuma, dia ingin mendengar penjelasan daripada Ayyana secara nyata dan jelas. Ketika itu, manalah dia kuat mahu bangun dan memeluk Ayyana. Seluruh badannya seakan mengeras. Kini, dia mahu merespons detik gembira itu.

“I’m pregnant,” Pantas sahaja Lutfil peluk Ayyana erat. Hampir lemas isterinya itu.

Abah dan umi yang sedang berdebat itu terus berhenti pergaduhan mereka. Bibir masing-masing mengukir senyum. Abah mengeluarkan telefon bimbit canggihnya. Terus dirakam saat bahagia anak perempuannya itu. Haish, main banyak sungguh abah ni. Umi pula kelihatan teruja.

“Abang ni, lemaslah,” adu Ayyana manja.

“Abang sayang Mya Ayyana, sampai bila-bila,” ucap Lutfil separuh berbisik.

“Mya Ayyana pun sayang abang, sangat-sangat. I’m your secret admirer, though…”

Pipi Ayyana dikucup Lutfil lembut. Ayyana membantu suaminya berdiri. Mereka berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Walaupun Lutfil hanya mampu berjalan perlahan dan memerlukan bantuan tongkat, Ayyana masih tetap teguh dengan pendiriannya. Hajat untuk berkahwin dengan Lutfil adalah doanya sejak dia mula jatuh hati pada kerenah-kerenah Lutfil ketika mereka sama-sama menguruskan sebuah projek.

Lutfil Hadi, lelaki tegas tetapi sifat tenangnya tetap… number one. Disebabkan itulah Ayyana cuba berlagak tenang dalam apa jua keadaan. Tidak sangka pula, sifat itu terus tertanam dalam dirinya. Terima kasih kepada Lutfil Hadi di atas contoh yang ditunjukkan itu. Suaminya itulah orang yang dia adore selama ini. Sanggup menolak Imran dan lelaki-lelaki lain yang cuba memancingnya. Ayyana… Ayyana. Kau kejam! Kau pembunuh para hati yang dahagakan kasihmu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience