BAB 10

Mystery & Detective Completed 16358

Ayyana gigit bibir. Susuk tubuh yang sedang bersujud di tikar sejadah menggamit matanya untuk memandang. Hatinya lega kerana berjaya melepaskan diri daripada terus berada di penjara yang kosong itu. Jiwanya kembali hidup, nafasnya kembali teratur. Alhamdulillah, Ya Allah.

Permintaan dari abah dan umi, Ayyana turutkan. Entah kenapa, hatinya tidak mahu menolak. Sama ada dia memang mengharapkan perkahwinan itu atau dia hanya mahu bebaskan diri dari penjara. Keduanya masih samar di fikiran Ayyana. Timbul kepelikan apabila Lutfil juga tidak menolak. Teringin pula dia mengetahui sebab musababnya dari lelaki itu sendiri.

“Awak boleh dah buka tudung awak tu,” Ayyana tersentak. Dipandang Lutfil yang sedang melipat sejadah. Sudah habis solat? Lama juga dia mengelamun rupanya.

“Selepas saya mandi, saya buka. Boleh kita bercakap sekejap? I need to confirm something from you,” Bicara Ayyana lembut dan teratur.

Luftil duduk di kerusi di meja kerjanya. Dihalakan pandang pada Ayyana.

“Talk,” balas Lutfil sepatah.

Ayyana berdehem kecil.

“Apa tujuan awak di sebalik perkahwinan ni? We’re clear enough about our relationship before this. Just tell me the reason. I’ll take it easy,” Lutfil melepaskan keluhan.

Sudah dijangkanya akan persoalan itu. Dia sedia maklum akan pemikiran Ayyana. Isteri yang baru dinikahi beberapa jam yang lepas, tidak akan menerima alasan bodoh semudah itu.

“Are you sure, you are in good mood to hear the reason?” Ayyana angguk perlahan. “Because papa want us together. Papa and mama want you as their daughter in law. Is that clear enough?” Ayyana geleng.

“That’s not the only reason. I can’t simply free from that accused right? Please, Luth. Be frank to me. I need the real reason behind this,” Bersungguh-sungguh Ayyana mahu mengetahui tujuan sebenar perkahwinan mereka ini.

“Imran want you badly, Ayyana. He hired someone to killed Emma. Semuanya sebab arwah Emma menolak lamaran dia. Selain tu, dia memang tak sukakan saya. Pembunuhan Emma dianggap sebagai dendam. Tapi, semua bukti yang papa beri pada polis tak sebelahkan kita. Imran masih bebas,” jelas Lutfil.

Ayyana senyum nipis.

“Jadi, papa awak cadangkan awak untuk lindungi saya?” Lutfil mengangguk. “Perlukah sampai ke tahap ni? Polis kan ada untuk jaga saya…”

“Memang. Tapi, tugas suami lebih layak untuk melindungi isteri kan? That’s why, we are married. For that, you have to accept our destiny just like me,” Ayyana kerut dahi.

Timbul pula persoalan nakal di fikirannya ketika ini.

“Berapa hari awak ambil masa untuk setuju?” Ditatap wajah kacak Lutfil dengan senyum mengusik.

“Ehem, no need to know that,” elak Lutfil. Dia berpaling ke meja kerja. Kertas putih yang penuh dengan contengan direnyukkan. Ugh! Lupa pula dia ingin membuang kertas itu.

“Habit awak ke melukis untuk buat keputusan,” Erk! Luftil ketap bibir perlahan.

Hancus! Nampak gayanya dia perlu juga bermuka tebal di hadapan Ayyana. Dia kan suami, mana boleh malu. Jatuh standard, beb!

“The one of my secret, drawing. Just let you know that you’re the first person who success in tracing my habit. Tolong rahsiakan,” Terhambur tawa Ayyana.

“Insha Allah. Saya nak mandi dulu. Hmmm, abah dan umi nak jumpa awak kat bawah sebelum balik,” maklum Ayyana seraya menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Lutfil mengetuk kepalanya perlahan. Lalai sungguh kau, Lutfil Hadi. Serve you right. Omel Lutfil sendiri. Dia menukar pakaiannya sebelum turun ke tingkat bawah. Kenapa pula abah dan umi mahu bertemunya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience