BAB 9

Crime Completed 8023

Hari ini aku cuti, tapi aku mengambil keputusan untuk menziarahi Siham. Aku pergi berseorangan memandangkan Saihah hendak berjumpa tunangnya, Sadaqat untuk membeli barang keperluan sempena hari penyatuan mereka yang bakal menjelang tiba. Semalam aku tidak dapat melawat Siham kerana terlalu sibuk. Jadi hari ini aku berjanji hendak membawa Siham keluar dari wad seketika, untuk memberinya udara yang segar di taman hospital.

Sesampainya di wad psikiatri, aku lihat Siham tidak mempedulikan kedatangan aku biarpun aku telah memberi salam padanya. Sikapnya tidak ubah seperti kali pertama aku berjumpa Siham. Hanya membisu sambil pandangan matanya memandang siling putih itu. Aku mengeluh lemah, ini yang tidak sanggup aku lihat. Aku mahu Siham yang ceria. Yang menyapaku ramah. Bukan yang membisu.

“Siham, jom kita pergi taman. Akak dah janji nak bawa Siham keluar jalan-jalan hari ni kan?” Kataku dengan tutur yang lembut. Siham memandang aku dan mengangguk tanda sepatah kata. Kakinya semakin pulih, aku membantunya untuk duduk di kerusi roda. Setibanya di taman sederhana besar hospital. Aku duduk di bangku berdekatan Siham. Hospital ni menyediakan tiga buah taman. Satu untuk pesakit dan pelawat, satu untuk pesakit sahaja, dan satu lagi untuk pesakit mental sahaja. Taman untuk pesakit mental kini tidak ada pesakit yang lain. Namun ia tetap dikawal dengan ketat bagi mengelak pesakit melarikan diri.

Aku lihat Siham menangis tersedu-sedan. Aku sedikit panik, dalam masa yang sama aku mendakap tubuhnya. Siham menangis semahu-mahunya di bahuku. Aku bertanya kenapa, namun dia masih meneruskan tangisnya. Aku menunggu sehingga keadaan reda.

“Saya takut kak. Tolong saya.” Aku turut berasa takut dengan kata-kata Siham. Apa lagi ‘petunjuk’ yang diperolehinya?

“Semalam dia datang kak. Apa saya harus buat kak..” Tangisannya semakin kuat. Aku menepuk perlahan belakangnya. Aku mahu dia lepaskan segala perasaan yang dia rasa. Itu antara kaedah untuk mengurangkan tekanan perasaan penghidap skizofrenia. Bukan saja untuk mereka, untuk kita sebagai manusia normal juga perlu meluahkan apa yang terbuku di hati bagi mengelakkan dari mendapat kemurungan.

“Lepaskan apa yang Siham rasa sekarang.” Ringkas saja kataku, juga berbaur arahan.

Tiba-tiba Siham menjerit sekuat hati. Aku terkejut dengan jeritannya yang lantang namun aku hanya membiarkan saja. Pengawal keselamatan menghampiri kami namun dengan pantas aku menjelaskan keadaan sebenar. Selepas berjaya aku yakinkan mereka, barulah mereka meninggalkan kami berdua semula.

“Siapa dia, Siham?” Soalku cuba menyambung luahannya yang tergantung sebentar tadi. Siham memandangku dengan pandangan yang sungguh sayu lantas menyambung untuk memelukku. “Pembunuh yang kita cari, kak.”

Mataku membulat. Tubuhku menggigil ketakutan. Aku melepaskan dakapan Siham. “Siham pasti dia orangnya? Apa yang dia buat kat Siham?”

“Malam kelmarin, lepas akak balik saya ada perasan kelibat seseorang menghampiri saya dengan jarak yang dekat. Tapi saya tak cam wajahnya kerana kesan ubat yang membuatkan saya terlalu mengantuk. Malam semalam pula ada seorang lelaki yang berpakaian kemeja dan bertopeng muka macam seorang doktor. Katanya hendak memeriksa saya. Tapi cara dia periksa lain macam. Dia kerap sentuh saya. Bila dia buka topeng muka, serta-merta saya menjerit. Sebab wajahnya mirip dengan ‘pembunuh’ dalam mimpi saya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience