“Saya dapat gambaran wajah pembunuh kakak saya.” Aku terdiam, jantungku berdegup pantas. Aku cuba memberanikan diri untuk menyoal Siham, “Err, macam mana rupanya?” “Kulit cerah, ada parut panjang di dahi, kening tebal, dan wajahnya bersahaja tetapi pandangannya cukup membuatkan saya rasa berdebar kak.” Rasa berdebar? “Saya tak tahu kenapa saya kata dia ‘pembunuh’, walhal saya tak pernah tengok pun wajah pembunuh tu. Tapi hati saya yakin mengatakan bahawa dialah yang membunuh kawan-kawan, sepupu, dan kakak saya.” Jelas Siham lagi. Aku agak takut. Mungkin kerana aku diamanahkan untuk mencari pembunuh tersebut membuatkan aku berasa seram sejuk.
View All Chapters (Total 13 Chapter)
Update 07 March 2018
2022-05-16
Best sgt
2019-02-21
teruskan berkarya. jangan letak semua nama dari huruf s je tau wak.