BAB 11

Crime Completed 8023

“Akak, akak okey ke?” Siham pula yang bertanya khabarku. Aku mengelamun panjang. Aku hendak berterus-terang padanya, tapi aku takut Siham menghadapi tekanan lebih teruk.

“Siham, perlu ke akak berterus-terang?”

“Tak perlu.”

Aku memandangnya hairan. Siham tak nak tahu apa yang aku nak sampaikan?

“Kenapa?”

“Sebab saya tahu, akak dah jumpa pembunuh tu.”

“Hah?!” Aku terkejut. Siham ni siapa sebenarnya? Dari hari pertama jumpa aku rasa pelik dengan personalitinya.

“Jangan risau, kak. Saya bukan hantu. Saya dah kenal akak sejak dalam mimpi saya bulan lepas.” Aku memandangnya lagi dengan pandangan tidak berkelip. “Maksudnya?”

“Sebagaimana saya kenal ‘pembunuh’ tersebut, kak Samirah juga saya kenal melalui mimpi. Tapi saya hanya kenal wajah akak sahaja. Saya tak tahu latarbelakang akak. Apa yang saya nampak, akak sentiasa berada bersama saya, bayangan arwah kak Surfina juga semakin menghilang. Sebab tu saya hanya memanggil akak masa mula-mula masuk wad hari itu.” Jelasnya dengan lebih terang. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Gembira? Bangga? Takut?

Siham menguap kecil sambil menutup menggunakan sebelah tangannya. “Kak, saya nak balik ke katil. Saya rasa mengantuk sangat. Akak pun baliklah segera. Akak tak ada teman hari ini. Saya risau akak keseorangan balik lewat malam.” Ujarnya tanda prihatin. Itulah yang aku fikirkan sejak tadi. Aku tersenyum tawar.

***

Aku pergi ke kawasan parkir kereta dengan seribu persoalan berserta debaran. Aku mencari telefon bimbit. Tak jumpa? Allah! Aku lupa nak minta dekat Saihah. Aku minta tolong dia pegangkan masa duduk dekat kereta tadi. Patutlah dari tadi aku tak dengar apa-apa bunyi mesej mahupun panggilan masuk. Aku kena balik cepat. Keresahan hati semakin bertambah.

Sampai saja di pintu kereta, aku terlihat sekeping nota kecil terselit di bahagian hadapan cermin kereta. Aku membacanya dengan nafas tidak teratur.

‘Duduk rumah diam-diam. Jangan bagi kawan kau masuk. Kalau degil, dia akan mati.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience