BAB 1

Crime Completed 8023

Jam di dinding baru menunjukkan jam 10 pagi. . Masih terlalu awal untuk aku pergi ke tempat kerja memandangkan hari ini aku akan bertugas pada waktu petang. Seperti yang sedia maklum, waktu kerja jururawat terbahagi kepada tiga iaitu waktu pagi, petang, dan malam.

Baru teringat yang aku masih belum lagi tahu perkembangan dunia semalam. Perlahan aku berjalan mencapai suratkhabar semalam lalu buka dan selak. Aku tertarik pada tajuk utama di dada akhbar berikut. Ianya menceritakan kejadian pembunuhan yang melibatkan seorang pelajar IPT. Apa yang lebih menyedihkan, mangsa turut dirogol sebelum dibunuh. Pihak polis masih mencari pembunuh yang sempat melarikan diri.

Aku tidak membacanya dengan lebih lanjut. Kalau diikutkan, ianya adalah perkara biasa didengari di ‘rumah’ kita. Telefon bimbitku berdering, aku lihat tertera nombor dari wad hospital tempatku bertugas kini. Suara matron kedengaran. Dia menyuruh aku bertugas awal sikit atas sebab staf yang sedia ada tidak cukup tangan untuk menangani kes yang baru masuk hari ini.

Aku bergegas bangun dan menyiapkan diri untuk ke hospital. Sambil tertanya-tanya kes apakah yang dimaksudkan matron tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience