BAB 4

Crime Completed 8023

“Samirah!” Namaku dipanggil. Aku kenal suara tersebut, suara Saihah. Kerjaku tergendala. Aku meletakkan semula gagang telefon sebelum sempat mendail nombor telefon klinik di tingkat bawah. Saihah segera mendapatkan aku dan duduk disebelahku.

Aku membalas pandangan mata Saihah dengan penuh tanda tanya. “Kenapa?” Saihah memandang dari jauh salah sebuah katil, aku tahu dia merenung sekejap ke arah katil Siham. Kemudian dia memandang tepat ke arahku. “Kata kawan-kawan kita, Siham asyik panggil nama kau je dari malam tadi.”

“Hah? Serius ke ni?” Aku terkejut. Saihah mengangguk sambil mengangkat tangannya tanda bersumpah dan tidak berbohong. “Tadi pun aku dengar dia ada panggil nama kau.” Jantungku berdebar. Kenapa mesti aku?

“Baik kau pergi jengah Siham. Biar aku ambik alih tugas kau. Nak telefon nombor ni ke? Siapa punya temujanji?” Saihah segera merampas kertas dan pen dari tanganku. Aku tiada pilihan selain terpaksa melangkah ke katil Siham. Bukan aku tidak suka padanya, tapi perasaan gementar masih ada sejak kejadian Siham meracau semalam.

Setibanya di katil Siham, dia memandangku tepat dengan pandangan bersahaja. “Kak Samirah sibuk ke?” Aku tergamam dengan pertanyaannya. Kali pertama aku berasa sedikit takut dengan pesakit. “Err tak jugak. Siham nak apa ya?” Tanyaku teragak-agak.

Siham menyuruhku duduk di kerusi berdekatan katilnya. Lagakku kini ibarat para pelawat, bukan jururawat lagi. Aku nak tutup langsir sebagai tanda privasi. Tapi Siham melarangnya. Dia tidak mahu ada yang mencuri dengar dibalik tirai langsir nanti.

“Saya nak minta maaf atas kejadian semalam. Saya rasa pening sampai tak dapat nak kawal kemarahan saya. Maaf ya..” tuturnya lembut. Pintanya tampak sungguh ikhlas. Aku tersenyum senang, faham dengan masalah penghidap skizofrenia. “Tak apa, Siham tak sengaja kan? Akak faham.”

“Akak.. boleh saya kongsikan masalah saya kat akak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience