BAB 12

Crime Completed 8023

Aku masuk ke rumah dengan penuh debaran. Senyap. Saihah masih belum pulang. Aku merasa lega. Namun debaran makin kuat terasa dek kerasa aku keseorangan di rumah sewa ini. Aku buka lampu ruang tamu. Sunyi sepi suasana malam hari. Hanya dicerobohi bunyi cengkerik yang tanpa jemu menyanyi saban malam.

Aku duduk di kerusi rotan. Aku cuba mengambil nafas dengan perlahan-lahan. Mataku tidak berganjak dari melihat pintu utama rumah ini. Secara tiba-tiba, pintu tersebut terkuak perlahan. Aku menggigil ketakutan. Aku cuba untuk berdiri, memberanikan diri memandang persekitaran. Untuk pengetahuan, rumah sewa ini agak jauh jaraknya berbanding rumah jiran yang lain. Jadi tidak akan ada yang ambil peduli jika ada sesuatu kejadian buruk berlaku di sini.

Keadaan masih sunyi tanda tiada siapa berada di luar rumah. Angin terlalu kuat diluar, mungkin itu merupakan sebab utama pintu terbuka dengan sendirinya.

“Dah lama ke tunggu?” Satu suara menyapa. Aku menjerit terkejut. Dari mana arahnya suara itu? “Mari sini. Tutup pintu, angin kuat kat luar tu.”

“Siapa?!!” Aku menjerit sambil bertanyakan soalan berikut. Aku memandang belakang namun masih tiada sesiapa. Ketakutanku semakin bertambah. Secara tiba-tiba kakiku direntap kuat.

“Ahhh!!!” Aku terjelepok kuat ke lantai. Hidungku pedih. Aku memandang kakiku. Rupanya pembunuh yang didakwa Siham itu sudah berada di rumahku. Aku menjerit histeria. Ketakutanku sukar dikawal lagi.

Pembunuh itu memegang kepalaku dan menghantukkan ke lantai dengan begitu kuat. Semakin banyaklah darah berhamburan keluar dari hidungku. Aku menjadi lemah. Kepalaku terasa sungguh sakit. Nak buka mata pun rasa pedih sangat.

“Sakit ya, kesian dia. Bilik kat mana? Meh saya tolong.” Dengan pantas lelaki tersebut mendukungku membawa ke salah satu bilik tidur. Lampu bilik dibuka. Tahu-tahu sahaja yang dia membawa aku ke bilik yang tepat. Dia meletakkan aku di katil dengan lembut. Aku tahu apa niatnya, dengan pantas aku cuba melawan tidakan yang seterusnya. Dia hendak membuka tudungku. Namun aku segera menggigit tangannya sekuat hati.

Lelaki itu menjerit kesakitan. Dia bertindak menolakku kasar hingga jatuh katil. Aku tak tahu bahagian mana yang cedera sebab satu badan rasa berbisa. Dia membuka tali pinggangnya dan melibas belakang badanku bertubi-tubi. Aku menangis kesakitan.

Dia memusingkan badanku kearahnya dan menumbuk perutku dengan begitu kuat. Aku terasa sungguh senak dengan darah berhambur keluar dari mulut. Dalam teresak-esak, aku cuba gagahkan diri untuk membuka laci di meja solek. Aku teringat ada satu senjata yang diberikan ayahku sebelum aku berpindah di sini. Aku menarik sekuat hati laci meja solek dari belakang sampai jatuh bertaburan segala isi di lantai. Sebelum lelaki itu perasan, dengan tangkas aku mengambil pistol dan berpaling ke belakang lalu menembaknya tanpa henti.

Satu das, dua das, tiga das, empat das, lima das, enam das, tujuh das.

Tubuh lelaki itu diserang peluru tanpa henti. Peluru sudah habis tapi aku masih belum berhenti dari menembak ke arahnya. Tujuh lubang di tubuhnya mengalirkan darah yang cukup banyak. Matanya terbeliak. Badannya terkulai di sisi katilku.

Aku menangis sekuat-kuat hati. Menangis keseronokan dan menangis kesedihan. Perasaanku bercampur baur. Aku cuba untuk keluar dari bilikku dalam keadaan merangkak. Akhirnya aku berasa lemah dan memejamkan mata di tengah ruang tamu. Tiada lagi bayang yang mengekoriku. Aku lega..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience