BAB 5

Crime Completed 8023

“Lamanya borak dengan kawan baru!” Sindir Saihah. Aku tergelak kecil. “Kau jugak yang nak tahu sangat kan kisah Siham tu.” Saihah hanya tersengih, “Bukan aku sorang yang nak tahu, semua staf yang nampak kau orang bersembang tadi pun nak tahu jugak.” Jawab Saihah sambil menyandarkan sedikit badannya di dalam kereta. Kami dalam perjalanan pulang ke rumah sewa setelah tamat waktu bertugas. Itu pun agak lewat kami bergerak sebab aku mendengar masalah Siham setelah tamat waktu bertugas.

Aku berhenti di stesen minyak berdekatan kerana waktu maghrib dah nak habis. Kami segera menuju ke tandas, namun entah kenapa naluriku menyuruh untuk melihat di belakang.

Tidak jauh dari keretaku, kelihatan satu susuk tubuh yang tidak pernah aku kenal sebelumnya. Lelaki itu pandang aku dengan mata yang merah. Matanya bulat, tapi tidak dapat melihat wajahnya kerana memakai topi keledar. Jantungku mula berdegup pantas.

“Kau pandang apa beb?” Tegur Saihah. Aku melatah kecil sambil memegang lengan Saihah dengan erat. “Tak ada apa, jom!” Aku melangkah lebih pantas. Tidak sanggup memandang belakang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience