BAB 3

Crime Completed 8023

Bukan mudah untuk aku lupakan insiden petang tadi. Siham mendiamkan diri semula selepas disuntik ubat penenang. ‘Perbualan’ kami terhenti disitu saja, terfikir kenapa aku yang dipilih untuk mencari pembunuh tersebut. Siapa orangnya? Kalau diberi gambaran yang jelas pun, belum tentu aku begitu berani hendak mencari lelaki tersebut.

“Fikir pasal Siham lagi?” Tegur Saihah, aku melatah kecil. Saihah ketawa, “Kau ingat hantu ke yang tegur kau?” Aku mencebik, “Mulut tu..”

Aku mengambil nafas sebelum menjawab pertanyaannya. Saihah kawan aku sejak sekolah rendah, sekarang kami mempunyai kerjaya yang sama dan bertugas di tempat yang sama. Terlalu banyak persamaan antara kami yang membuatkan aku tidak kekok dan janggal untuk menceritakan segalanya pada Saihah.

“Memang aku asyik teringatkan dia. Aku pelik kenapa dia minta tolong pada aku, bukan pada orang lain. Nak abaikan, tapi cara dia cakap tu macam betul-betul harapkan aku dan amanahkan aku untuk cari pembunuh. Aku takut nak buat kerja-kerja ni, dalam masa yang sama aku takut untuk kecewakan hati orang lain.” Aku mengeluh perlahan. Bagi aku, sangat tak masuk akal bila aku kena cari penjenayah. Bertentangan dengan karier sebenar sebagai pembantu doktor.

“Kau tahu Siham sakit apa?” Soal Saihah, tiba-tiba.

“Patah je kan?”

“Bukan tu saja, doktor baru sahkan dia ada sakit lain.”

“Apa dia?”

“Skizofrenia.” Jawab Saihah. Aku menepuk dahi. Penyakit berkaitan mental ni memang merisaukan aku. Kena jaga emosi pesakit sebaiknya. “Sejak bila?”

Saihah berfikir sejenak, “Kata doktor, waris Siham ada datang kejap. Mak Siham kot. Dia bagitau Siham ada masalah ni sejak kecil lagi. Selama ni satu-satunya kakak Siham, arwah Surfina tu yang banyak membantu dia.”

Aku mengerti, pemergian Surfina merupakan satu kehilangan besar buat Siham. “Mungkin skizofrenia dia makin teruk bila jadi macam ni.”

“Mungkin.” Balas Saihah sepatah. “Jadi.. kalau boleh aku tak nak kau hampakan permintaan Siham.” Aku terkejut. Nampaknya Saihah juga berpihak pada Siham. Mungkin Saihah nampak reaksiku, dia dengan pantas menyambung semula pandangannya, “Tapi kau jangan risau, kalau kau nak aku tolong apa-apa cakap je tau. Aku sentiasa ada untuk kau.”

Tanganku digenggam erat. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Tapi tidak dinafikan, aku terharu dengan semangat yang diberikan Saihah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience