BAB 10

Crime Completed 8023

Aku terkesima. Tidak menyangka Siham dianugerahkan petunjuk di dalam mimpi.

“Mengikut polisi dan prosedur doktor, doktor cuma boleh memeriksa pesakit jika ada sekurangnya seorang pembantu iaitu jururawat sahaja. Lagi satu, doktor tak akan periksa waktu malam, dia hanya periksa ikut waktu pejabat. Kalau ada yang nak periksa waktu malam pun cuma doktor ‘on-call’ yang akan jenguk waktu tertentu saja.” Jelasku panjang lebar. Siham tertunduk. “Apa jadi lepas tu?”

“Dia cabut lari lepas dengar saya menjerit. Staf ada tanya kenapa, saya jawab pembunuh datang. Mereka tak percayakan saya kak. Tapi pengawal tetap mengawal ketat wad psikiatri.” Jawabnya lemah. Aku bersimpati dengan nasib Siham. Bila dah ada penyakit sebegini, tentu sukar untuk masyarakat mempercayai kata-katanya.

“Tak apalah, yang penting Siham selamat. Mujur dapat petunjuk dalam mimpi. Sekurang-kurangnya Siham berjaya selamatkan diri Siham sendiri. Akak bangga dengan Siham.” Pujiku seikhlas hati. Siham tersenyum manis, lega aku melihat senyumannya.

Tiba-tiba Siham memandangku dengan sepasang mata yang dibundarkan, “Akak ada bawa kertas?” Aku pelik dengan soalannya. “Akak tak ada bawa kertas, dik. Tapi dalam beg akak ada bawa buku skrap.” Buku skrap ini aku buat sendiri sebab nak catat jadual harian ketika bertugas. Aku menyerahkannya pada Siham. “Akak ada pensel?”

“Siham nak buat apa?” Aku semakin musykil dengan permintaannya. Siham memuncungkan sedikit mulutnya. Aku tertawa kecil, “Akak ada pensel, pen, semua alat tulis akak ada bawa. Pensel warna pun ada. Patutlah akak tergerak hati nak bawa semua alat tulis. Rupanya ada yang nak pinjam.” Siham turut ketawa. Aku menyerahkan beg kerjaku kepada Siham. Dengan beralaskan beg, Siham melukis sesuatu di buku skrap tersebut.

“Pandainya Siham lukis. Siham lukis siapa tu?” Aku kagum melihat Siham. Dengan kesakitan yang dimiliki, dia mempunyai bakat yang sungguh luar biasa. Manusia normal pun belum tentu dapat melukis secantik lukisan Siham. Rupa paras yang dilakarnya ibarat sebuah potret hidup.

Siham tersengih sambil merwarna, “Inilah wajah pembunuh tu kak.” Aku terkelu. Gambarannya sama seperti apa yang Siham nyatakan kelmarin. Berkulit cerah, berparut di dahi, bulu kening tebal dan mempunyai pandangan yang bersahaja namun boleh membuatkan jantung berdegup pantas tanda pandangan tersebut menggerunkan.

“Akak, mana pensel warna merah hati?”

“Aik, nak buat apa dengan warna tu?”

“Nak warnakan mata dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience