BAB 8

Crime Completed 8023

“Assalamualaikum!” Tegurku ramah pada Siham. Dia menyalami tanganku sambil tersenyum mesra. Siham sudah dipindahkan ke wad psikiatri. Dia reda dengan ketentuannya. Aku kagum dengan semangat juang Siham walaupun ramai yang memandang hina dengan pesakit skizofrenia. Aku datang ditemani Saihah. Awal-awal lagi sudah aku jelaskan pada Saihah supaya berpura-pura tidak tahu mengenai masalah Siham. Saihah seakan mengerti lalu duduk tidak jauh dari tempat aku dan Siham berada. Seolah memberi privasi untuk kami berbual.

“Macam mana harini? Kaki rasa sakit tak? Ada pening-pening lagi?” Walaupun Siham bukanlah pesakit di bawah jagaanku, tapi aku rasa bertanggungjawab untuk menyoalnya seperti pesakit sendiri.

Siham menggelengkan kepalanya, “Hari ni rasa sihat kak. Alhamdulillah. Kepala pun rasa okey, tak sakit langsung. Cuma rasa mengantuk walaupun cukup tidur.” Mengantuk? Aku melihat rekod kesihatan Siham yang terletak di meja hadapan katilnya. Seperti yang dijangka, Siham menggunakan ubat antipsikotik, salah satu alternatif untuk menyembuhkan pesakit skizofrenia.

“Tak apa, rehat cukup-cukup. Jangan paksa diri untuk berjaga.” Kataku memahami masalah Siham. Tapi Siham memandangku dengan pandangan sedikit suram. Aku sendiri tak dapat nak gambarkan pandangan sebenar Siham.

“Kak, malam tadi saya mimpi sesuatu.”

“Oh ya? Mimpi apa tu? Boleh kongsi dengan akak?” Siham ni unik sikit, kalau pesakit lain panggil aku nurse atau misi, tapi dia panggil aku ‘akak’. Mungkin atas faktor usia kami yang tidak jauh beza, dia rasa lebih dekat jika memanggil sebegitu.

“Saya dapat gambaran wajah pembunuh kakak saya.”

Aku terdiam, jantungku berdegup pantas. Aku cuba memberanikan diri untuk menyoal Siham, “Err, macam mana rupanya?”

“Kulit cerah, ada parut panjang di dahi, kening tebal, dan wajahnya bersahaja tetapi pandangannya cukup membuatkan saya rasa berdebar kak.”

Rasa berdebar?

“Saya tak tahu kenapa saya kata dia ‘pembunuh’, walhal saya tak pernah tengok pun wajah pembunuh tu. Tapi hati saya yakin mengatakan bahawa dialah yang membunuh kawan-kawan, sepupu, dan kakak saya.” Jelas Siham lagi. Aku agak takut. Mungkin kerana aku diamanahkan untuk mencari pembunuh tersebut membuatkan aku berasa seram sejuk.

“Siham, hari dah makin gelap ni. Akak ingat nak gerak awal. Apa-apa hal nanti bagitau akak ya.” Putusku tidak mahu memanjangkan perbualan. Siham mengangguk lemah. Aku tahu dia berasa sedikit kecewa dengan permintaanku. Tapi apa yang boleh aku buat selain beredar segera. Hati rasa makin tak tenteram.

Kali ini giliran Saihah pula yang memandu. Aku mengambil peluang untuk melihat pemandangan kota sahaja. Mahu menenangkan fikiran barangkali.

Ketika kereta dipandu perlahan, satu cahaya dari sebuah motosikal yang ditunggang di simpang sebelah kanan menembusi cermin keretaku. Aku melihat sekilas motor tersebut. Dengan cahaya yang semakin kelam, jantungku berdegup pantas lagi.

Apa yang aku nampak, sepasang mata berwarna merah itu merenung tepat ke arahku sambil membelok motosikalnya ke arah utara. Arah berlawanan dengan kami. Aku mengeluh lega namun jantung masih tidak berhenti dari berdegup laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience