BAB 13

Crime Completed 8023

DUA tahun kemudian

Aku balik dari menziarahi pusara Allahyarhamah Satirah Surfina. Seorang kakak yang baik, dan kakak yang sangat berjasa kepada adiknya, Allahyarhamah Shaima Siham.

Siham meninggal dunia pada minggu lepas. Dia pergi dalam keadaan ditangisi. Sumbangannya pada rakyat amatlah tidak ternilai. Saban hari namanya disebut atas amal kebajikannya pada negara. Sikapnya semakin disenangi ramai. Namun PenciptaNya lebih menyayangi Siham. Siham dijemput dalam keadaan sihat wal’alfiat. Dalam keadaan tidur yang lena dan dahi sedikit berpeluh. Tipulah kalau tak sedih atas pemergiannya, namun dalam masa yang sama terasa sungguh bangga dengan perjalanan hidupnya.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Bezanya, cara kita berkerja di dunia ini adakah kita ada menyimpan bekalan untuk di akhirat kelak. Itu yang merisaukan aku, urusan Siham sudah selesai. Aku? Aku sendiri tidak dapat mengagak nasibku nanti.

Aku berterima kasih pada Allah kerana mempertemukan Siham. Dia adalah perantara untuk aku mempelajari ilmu dunia dan ilmu akhirat. Dia juga membuatkan aku membuka mata untuk menjadi lebih berani menentang manusia sejahat Syarrul Bariyyah, perogol dan pembunuh bersiri yang melibatkan kenalan dan keluarga arwah Siham sebagai mangsanya.

Syarrul memang ada penyakit mental tahap kronik. Dia menghadapi kemurungan semenjak putus cinta beberapa tahun lalu. Sejak itu dia menganggap semua perempuan sama saja. Itu sumber dari kenalannya sejak sekolah lagi.

Aku melangkah ke kereta dengan tenang. Aku terpandang sekeping nota kecil di cermin kereta. Aku membaca dengan dahi sedikit berkerut.

‘Duduk rumah diam-diam. Kalau kau degil, kau akan kebuluran.’

Ah sudah, siapa pula ni? Aku mula rasa sedikit gementar. Kemudian aku lihat tulisan jawi dibawahnya. Hek’eleh, Saihah rupanya. Pukul karang. Aku tergelak kecil dengan memecut laju untuk pulang ke rumah.

Pilihlah cara hidup bagaimana yang kau pilih di dunia kerana ia juga menentukan pilihanmu dalam soal mati, apakah kau mahu meninggalkan dunia dalam cara terpuji atau terhina. Terserah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience