BAB 2

Crime Completed 8023

Aku hanya melihat dari jauh keadaan pesakit yang baru masuk ke sini pagi tadi. Shaima Siham, adik kepada Satirah Surfina, mangsa pembunuhan yang menjadi bualan orang selepas tersebar di media sosial dan sumber berita.

Siham terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika pulang dari tanah perkuburan kakaknya. Itu sahaja yang aku tahu setelah membaca di fail pesakit Siham. Banyak lagi persoalan yang ingin aku rungkaikan tapi tidak kesampaian bila Siham hanya mendiamkan diri.
Kecederaan yang dialaminya hanyalah patah pada kedua belah kaki tetapi sehingga kini Siham masih membisu dengan tidak menggerakkan tubuhnya. Aku dengar doktor yang merawat Siham memutuskan untuk memindahkannya ke wad yang lebih rapi andai Siham masih tidak memberi sebarang respon.

Setelah beberapa orang wartawan dan ketua polis daerah beredar dari katil Siham, aku pula datang ke tempatnya untuk memeriksa suhu dan tekanan darah Siham.

Sambil mencatat rekod kesihatan Siham, aku terdengar seseorang memanggilku. Aku mengalih ke kiri dan ke kanan, tiada kelibat mahupun bayang berhampiran denganku. Pada mulanya aku hanya menganggap ia adalah halusinasi, namun aku segera melihat Siham. Rupanya dia yang memanggil aku.

“Panggil saya ya?” Siham mengangguk lemah. Mungkin dia tahu nama aku pada tag nama.

“Ada apa?” Tanyaku acuh tak acuh walhal aku rasa sedikit teruja kerana ditegur Siham. “Kak, tolong saya.” Ringkas saja pinta Siham, namun masih berbaur persoalan. “Tolong apa? Cik nak makan?” Siham pantas menggeleng. Matanya masih tidak berganjak dari menatap siling tersebut.

“Tolong saya.. cari pembunuh tu.”

Meremang tengkuk aku dengan permintaan Siham. Aku memandang Siham dengan persoalan berganda. Mengapa mesti aku? “Boleh jelaskan dengan lebih lanjut?”

“Tolong cari pembunuh tu! Tolong cari! Aku tak kira, aku nak jumpa jantan yang musnahkan kebahagiaan aku!! Jantan tak guna!!” Amuk Siham serta-merta. Aku terperanjat, pen di tangan tercampak entah ke mana. Aku meluru ke arah Siham untuk menenangkannya sambil menekan butang memanggil berhampiran kepala katil. Beberapa orang staf datang membantuku menenangkan Siham. Tidak lama kemudian, doktor yang bertugas segera meluru dan memberi suntikan ubat penenang pada Siham. Aku melepaskan pegangan tangan Siham setelah dia mula kelihatan lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience