Chapter 3

Romantic Comedy Series 3241

"Hana Alisa !" sekali lagi suara lantang itu muncul sewaktu aku nyenyak dibuai mimpi. "Awak cuma pelajar, tugas awak belajar. Saya tak tahu lah kenapa waktu malam masih tak cukup untuk awak tidur" jelas sekali suara itu kepunyaan Cikgu Safwan. "Haihh, lepas kelas ni jumpa saya di bilik guru" tambahnya lagi. Dalam keadaan mamai, aku hanya mengangguk tanda faham. Sebaik sahaja kelas habis, dia mengingatkan aku sekali lagi untuk berjumpanya di bilik guru. "Dah 2 tahun sejak awak berpindah ke sini, bila awak nak berubah jadi lebih baik ? Saya lihat prestasi awak di sekolah lama awak semuanya baik. Awak belajar tapi kenapa awak berubah selepas menjejak kan kaki ke sekolah ni ?" Ya, dia ni la seorang lelaki yang sangat sibuk dengan urusan peribadi murid dia dan dia merupakan guru kelas aku sejak tahun lepas. Kadang kadang aku menyampah untuk bersemuka dengan dia. Ada saja soalan mengarut yang akan dilemparkan pada aku." Tak ada apa yang saya nak cakap, saya minta diri dulu". Perlahan aku menolak kerusi ke belakang supaya terdapat sedikit ruang untuk aku berdiri. "Hoki ?" Belum lagi tapak kaki aku diangkat , sudah pula dia jerkah aku begitu. "Kenapa awak berhenti bermain hoki ?" jelasnya bagi soalan ringkas tadi. Aku cuma meneruskan hajat aku untuk beredar dari situ tanpa menghiraukan semua soalan.

Baru selangkah aku menjejakkan kaki keluar dari bilik itu, datang pula Iskandar di hadapan aku. Aku tak tahu la dia ni magnet atau apa, ke mana sahaja aku pergi mesti ada dia. "Aku dengar kau masih tak ada lagi buku latihan yang cikgu minta tu, nah" sambil dia menghulurkan sebuah buku. Aku cuma menolak tangan nya ke tepi supaya aku boleh lalu di situ. Tiba tiba Iskandar bersuara dan bertanya
"Kenapa kau buat macam ni ?"
"Sepatutnya aku yang tanya kau macam tu"
"Aku cuma ... rasa bersalah dan aku tahu perkataan maaf masih tak cukup untuk kau"
"Tak lah, maaf tu cukup jika hadir lebih awal, sekarang dah basi"
"Waktu tu aku takut....."
Belum sempat dia menghabiskan kata kata dia, aku sudah pun berpaling dan berlalu pergi. Aku tahu semakin banyak aku bercakap, semakin bertambah benci aku pada dia.

Hari ini aku ada duit lebih, jadi boleh la aku beli sedikit makanan untuk alas perut. Lagipun dua orang lelaki tadi dah buat selera tidur aku hilang menyepi. "Kau bangun sekarang, kau tak tahu ke ni meja kitaorang !!" aku baru sahaja mahu buka pembungkus roti yang aku baru beli, ada pula orang menengking di meja hadapan aku. Mulanya aku ambil keputusan untuk terus makan tapi sekumpulan budak perempuan yang entah meroyan kenapa, memaki rakan sekelas aku di hadapan aku, membuat kan selera makan aku pula hilang. Jadi aku ubah keputusan aku untuk cari pasal dengan perosak selera makan aku.
"Yaa, aku tak kesah kau nak berebut meja tapi yang jadi masalah sekarang ni, sebab kau berebut meja, selera makan aku hilang"
"Selagi kitaorang tak...."
"Shhh, baik kau duduk dekat meja sana sebelum meja tu yang datang dekat kau"
Lalu, mereka bergegas ke meja di sebelah sana dan aku pula segera melangkah keluar dari kantin itu. Sebaik sahaja aku jauh dari kantin itu, lutut aku terus lemah. Wahh, betul ke aku dalam dunia realiti ni ? Kenapa aku cakap macam tu tadi ? Aku dah gila ke apa ? Rasa macam aku baru lepas dirasuk. Tapi tak sangka mereka semua ikut cakap aku. Hahaaa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience