Chapter 7

Romantic Comedy Series 3241

Dua tahun lepas, selepas sahaja aku mendengar khabar tentang kematian Daniel, aku segera berjumpa dengan Iskandar untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut. Sewaktu mereka berlumba, Daniel mendahului perlumbaan tersebut, dia terlalu teruja sehingga dia tidak perasan kereta yang keluar dari simpang dan dia merempuh kereta tersebut. Begitulah yang diceritakan oleh Iskandar. Waktu itu, fikiran aku bercelaru. Seorang demi seorang nyawa orang di sisi aku ditarik. Mata aku mula berkaca, menahan sebak di dada.
"Kenapa kau bunuh Daniel ? Kenapa kau bunuh dia ?" Selepas penat menahan air mata, akhirnya jatuh juga
"Aku tak bunuh dia !! Aku tak bunuh dia !!"
"Kau bunuh Daniel !!" sambil aku memukul mukul dada Iskandar.
Pada awal nya, semuanya biasa saja sehingga lah baran Iskandar datang. Pergaduhan fizikal antara kami bermula kerana tidak boleh terima kematian Daniel. Kami bertiga memang rapat, untuk mendengar sahabat kami yang merupakan penyeri hidup kami sudah tiada memang susah untuk kami. Sampai la satu ketika, apabila aku telah jatuh, Iskandar terpijak lutut aku sehingga patah. Dia ni cepat baran, cepat panik. Dia segera menelefon ayah aku. Selepas saja selesai rawatan, doktor memberitahu supaya aku tidak bermain hoki lagi. Waktu itu, aku rasa dunia macam nak kiamat. Ye lah, hoki la satu satunya impian aku. Setiap detik jaringan gol itu lah detik kegembiraan aku. Mulanya memang susah untuk aku terima, tapi lama lama aku mula terima. Sepanjang aku di hospital, tak pernah pula Iskandar datang ziarah, mungkin dia tiada masa. Selepas saja cuti aku tamat, aku kembali ke sekolah dan aku dapat tahu Iskandar sudah berpindah sekolah. Rasa macam terkena petir pula bila dengar berita tersebut.

"Kalau awak nak cikgu rahsiakan tentang tadi awak kena tunaikan satu permintaan cikgu" berdolak dalik pula Cikgu Safwan ni. "Apa dia ?" cepat saja Iskandar ni menyahut
"Hana, awak kene dapatkan kedudukan 5 teratas dalam ujian kali ni"
"Eh, kalau macam tu bawa je la kami ke unit disiplin"
"Hana, kau dah gila ke ? Buat je la"
"Tempat ke-20 pun aku tak pernah dapat, ini kan pula 5"
"Dekat sekolah lama, kau selalu je dapat tempat pertama"
"Itu dulu"
"Hei, saya bawa awak ke sini bukan nak dengar awak borak, cepat lah buat pilihan"
Selepas beberapa minit, kami buat keputusan untuk tunaikan permintaan Cikgu Safwan tapi aku tak tahu la boleh ke tidak.
"Kalau macam tu awak boleh balik kelas la, eh Is"
Jadi aku teruskan je la langkah aku untuk ke kelas dan Iskandar pula tunggu di situ
"Mesti susahkan untuk awak ?"
"Hm ?"
"Hati Hana tu lembut je, jangan la mengalah, lama lama nanti hati dia akan terbuka la tu untuk memaafkan awak"
Cikgu ni kenapa ? Hana cerita apa apa ke kat dia ? Dia tahu ke apa yang jadi antara aku dengan Hana ? Hati Iskandar berbicara dahulu sebelum mulutnya.
"Saya tak tahu kita sedang cakap tentang apa sekarang ni, jadi saya naik kelas dulu" pantas Iskandar keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience