Chapter 12

Romantic Comedy Series 3241

Hari ini giliran aku pula untuk bertugas membersihkan kelas. Jadi, aku terpaksa pulang lewat sedikit. Walaupun aku benci, aku terpaksa melakukannya. Aku dan tiga orang lagi.
"Hana, macam biasa la, kita orang ada tuisyen lepas ni, boleh..." tak perlu tunggu dia habis bercakap, aku sudah tahu
"Hm, balik la"
"Wahh, thank you Hana"
Lagi pun aku lebih suka buat semuanya sendiri berbanding buat bersama mereka, lagi membebankan ada lah. Sementara aku mengambil penyapu di sudut kelas dan berpaling untuk mula menyapu, Iskandar datang dan menyemburkan air ke arah aku menggunakan bekas penyembur untuk mencuci tingkap.
"Hey ! Kau kenapa ?" lantas aku mencapai satu lagi bekas penyembur dan meyemburnya semula ke arah dia. Kami mula bergelak ketawa sewaktu bermain dengan penyembur air.
Sudah lama aku tak lihat Hana senyum sebegini. Sejak kematian Daniel, dia sentiasa berkelakuan dingin walaupun aku cuba untuk buat dia tersenyum dan hari ini aku berjaya kembalikan Hana yang ceria untuk seketika. Aku tahu segala nya sukar tapi dia juga perlu rasai kegembiraan seperti remaja lain. Hati Iskandar mula membicarakan sesuatu sambil dia memandang ke arah senyuman Hana.
Mungkin aku terlalu kasar dengan Iskandar. Dia terlalu mencuba untuk pulih kan keadaan. Aku patut rendahkan ego aku dan terima maaf dia. Dia juga terkesan dengan kematian Daniel dan dia juga tidak membunuh Daniel. Jadi kenapa aku masih menyalahkan dia oleh kerana aku rasa bersalah. Itulah keluhan aku setelah mendengar gelak tawa Iskandar yang sudah bertahun aku tidak dengar. Selepas penat membersihkan sebuah kelas bersama Iskandar, aku duduk di kerusi untuk menghilangkan lelah.
'debuk' bunyi buku yang diletakkan oleh Iskandar di atas meja.
"Peperiksaan pertengahan tahun dah nak mula, takkan nak duduk je, nah belajar" ujar Iskandar selepas meletakkan buku buku itu
"Dah lama kita tak belajar bersama" aku berkata dengan nada yang lembut
"Nak ajak aku belajar sama la tu"
"Haah"
Lalu, Iskandar melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah aku. Melihat dia belajar bersama dengan aku, mengingatkan aku tentang saat manis kami bertiga.
"Kenapa kau tenung aku lama lama ?" aku baru ingin mengenang kembali saat saat manis itu, tiba tiba Iskandar lontarkan soalan sebegitu pula.
"Hana, boleh tak kau letak sedikit kepercayaan pada aku, walaupun Daniel tiada aku masih ada" tambahnya lagi
"Dulu aku percaya semua orang tapi tiada seorang pun yang menghargai kepercayaan aku"
"Tapi percaya lah, disebalik setiap kematian terselit hikmahnya"

"Eh, lambat kau hari ni ?" rakan sekerja aku bertanya sebaik sahaja aku sampai di kafe. "Maaf la, aku ada sedikit urusan tadi" kemudian, aku segera melayan pelanggan. Loceng di pintu masuk berbunyi, jadi aku menyapa pelanggan yang baru tiba itu "selamat data..." lidah aku menjadi kelu apabila terlihat seorang lelaki tua yang aku sangat mengenali berjalan masuk ke dalam kafe itu bersama keluarganya. Sebaik sahaja aku menghantar pesanan mereka, lelaki itu menarik tangan aku dan bawa keluar kafe.
"Ayah ingat sewaktu di hospital itu kali terakhir ayah nampak kamu, kenapa kamu masih muncul dalam hidup ayah ?"
"Kau takut orang tahu kau tinggalkan anak berusia 13 tahun bersendirian ?"
"Kamu gila ke ? Ayah tak nak ayah dan keluarga ayah nampak kamu lagi, berhenti kerja di sini"
"Kenapa aku yang kena berhenti ?"
"Okey, kalau kamu tak nak berhenti ayah akan buat kamu berhenti" segera dia masuk semula ke dalam kafe untuk makan bersama keluarga dia.
Selepas saja kematian ibu aku, ayah aku kahwini wanita lain dan tinggalkan aku di rumah yang menjadi saksi setiap inci yang berlaku dalam keluarga kami. Ibu aku meninggal kerana dia. Sewaktu aku berumur 13 tahun, ibu dan ayah aku sering bertengkar yang aku sendiri pun tak tahu puncanya. Aku menyaksikan setiap keganasan yang ayah aku beri kepada ibu sehingga setiap keganasan itu menyebabkan ibu menghembus nafas terakhir. Ya, ibu aku mati dibunuh oleh ayah aku sendiri dan aku turut menyaksikan kejadian itu. Walaupun ayah aku bergelar seorang pembunuh tetapi dia terlepas daripada hukuman dunia. Dia mengupah peguam bela dengan bayaran mahal untuk memalsukan semua bukti. Bukan itu sahaja, dia juga menutup mulut aku daripada menjadi saksi. Jujur waktu itu perasaan aku penuh dengan rasa bersalah dan dendam. Kenpa waktu itu aku terlalu lemah untuk melawan ? Jika aku lakukan sesuatu waktu itu mesti ibu aku masih hidup dan jika aku tidak dilahirkan mesti tidak keberatan untuk ibu tinggalkan ayah. Aku menepuk dada sambil menyalahkan diri sendiri. Awalnya aku tak tahu punca pertengkaran mereka tetapi apabila melihat ayah kahwini wanita lain aku mula memahami situasi itu, kerana seorang wanita rosak rumah tangga yang telah dibina selama bertahun tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience