Chapter 13

Romantic Comedy Series 3241

Cahaya mentari menyinari bilik aku. Aku dikejutkan daripada tidur lena dengan panggilan telefon. Bos aku ingin berjumpa aku di kafe.
"Nah, ini gaji untuk bulan ini. Awak tak perlu bekerja di kafe ini lagi lepas ini" hati aku mula tidak keruan, aku melihat sampul yang berisi duit diletakkan di atas meja
"Ke .. kenapa pula ?"
"Ayah awak datang minta saya untuk memberhentikan awak daripada bekerja di sini"
"Tapi saya tak mahu berhenti, tak boleh ke kita buat mengikut kemahuan saya ?"
"Awak pekerja bawah umur, jadi saya terpaksa ikut arahan penjaga awak"
"Encik tak boleh pertimbangkan lagi ke ?"
"Maaf, ini memang keputusan akhir saya" aku melangkah keluar kafe sambil menguruskan emosi aku. Mungkin nampak seperti perkara kecil tapi sangat besar impaknya pada aku. Bukan mudah untuk mencari tempat yang menerima pekerja bawah umur dan jika aku tidak bekerja, bagaiman aku mahu mencari duit.
Kemana pula Hana ni, kelas sudah bermula, kenapa dia masih tidak sampai ke sekolah lagi. Ada sesuatu terjadi ke pada dia. Iskandar mula risaukan Hana kerana tidak sampai lagi ke sekolah sambil melihat tempat duduk Hana yang kosong. Walaupun sudah jelas Hana tidak hadir ke sekolah pada hari itu, Iskandar masih menunggu dia. Sebaik sahaj waktu persekolahan tamat, Iskandar bergegas ke rumah Hana, tetapi dia tidak menjumpai Hana. Dia ke hulu dan ke hilir, akhirnya dia menemui Hana di taman yang Hana selalu pergi suatu masa dahulu. Dia tahu Hana akan ke situ apabila Hana dibelangu masalah. Jadi, pantas dia memeluk Hana yang sedang duduk di sebuah bangku daripada belakang. Selepas Hana telah berasa sedikit lega, Iskandar duduk di sebelahnya. Lantas Hana menyandarkan kepalanya di bahu Iskandar.
"Hana, aku tahu semua ni sukar tapi kau tak boleh menangis sepanjang hari di sini"
"Kau tak faham"
"Aku baru pulang dari kafe kau dan aku sudah dengar semuanya"
"Jadi, kau sepatutnya diam"
"Hm, baiklah" sambil dia mengusap kepala Hana.
Setelah beberapa jam di situ
"Hana, mari la pulang. Muka kau dah pucat dan hari pun sudah senja" aku hanya mengangguk tanda setuju. Setibanya kami di rumah aku, Iskandar terus menuju ke dapur untuk membancuh air kopi panas dan aku duduk di atas sofa di ruang tamu. Aku tak larat bersuara untuk melarang, lutut aku lemah untuk berdiri. Aku biarkan saja dia, lagi pun dia sudah biasa dengan rumah ni, dulu dia selalu ke sini bersama Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience