Chapter 15

Romantic Comedy Series 3242

Oleh kerana sibuk mencari pekerjaan, sedar sedar minggu depan peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Aku terasa seakan akan jarum jam ini berputar laju. Untuk peperiksaan kali ini, mungkin agak berat bagi aku kerana aku perlu membuktikan aku tidak meniru pada ujian yang lepas. Tepat jam 7 pagi, Cikgu Safwan masuk ke dalam kelas dengan membawa kertas peperiksaan.
"Peperiksaan akan bermula lagi 5 minit. Jadi, Hana ! Saya perlu mengambil beg awak sepanjang peperiksaan dijalankan dan perlu memeriksa awak. Ini arahan unit hal ehwal murid" semasa Cikgu Safwan sedang sibuk memeriksa seluruh meja aku, Hanis berdiri dan bertanya
"Cikgu, sebenarnya peperiksaan ni untuk Hana ke ?"
"Taklah, peperiksaan ni untuk awak, supaya awak dapat buktikan Hana ni peniru ataupun tidak" Hanis segera menarik semula kerusi dia dengan rasa tidak puas hati untuk duduk.
"Good luck !" bisik Iskandar pada aku sewaktu kertas peperiksaan diedarkan. Aku hanya membalas nya dengan senyum sinis. Hari berganti hari, berakhir juga peperiksaan akhir tahun ini. Walaupun hanya seminggu, terasa seperti sebulan. Keadaan yang sama seperti ujian yang lalu. Satu demi satu nama dipanggil untuk mengambil slip peperiksaan. Hari ini keadaan di kafe sama sibuk seperti selalu. Aku menghantar pesanan lelaki keseorangan di hujung kafe.
"Ini pesana...eh Is"
"Wah, dah dapat kerja tak bagitahu aku sekarang"
"Sorry la, aku lupa"
"Kau habis kerja pukul berapa ?"
"Satu, kenapa ?"
"Nanti kita pergi makan dekat restoran seberang jalan sana untuk raikan kau dapat semula kerja dan tempat pertama"
"Thank you. Aku tak kisah tapi ayah kau ... tak pe ke kau balik lewat malam"
"Jangan risau la, ayah aku ke luar negeri hari ni, mesti dia pulang lewat"
Sebaik sahaja kafe itu tutup, kami berdua pergi ke restoran yang dimaksudkan oleh Iskandar tadi. Kami berbual dan bergelak sambil menikmati hidangan tapi aku tahu mesti ada sesuatu yang akan berlaku pada Iskandar, cara dia gelak dan berbual berbeza. Aku memegang lembut tangan dia yang diletakkan di atas meja
"Is, mesti kau takut kan ?"
"Haish, nampak nya aku tak boleh sembunyikan apa apa pun daripada kau"
"Aku...mungkin keputusan peperiksaan kau...sebab aku"
"Apa kau cakap ni ? Cakap la elok elok"
"Mungkin keputusan peperiksaan kau kali ni sebab kau tolong aku cari kerja atau lebih mudah sebab aku" keputusan peperiksaan Iskandar kali ni tidak begitu memuaskan dan aku tahu kalau ayah dia tahu tentang ini mesti ayah dia akan pukul dia seperti selalu yang ayah dia lakukan. Kadang kadang aku terfikir lebih baik tiada keluarga berbanding mempunyai keluarga sebegitu. Iskandar dibesarkan dalam keadaan yang senang daripada segi kewangan tapi mungkin kehadiran wang dalam hidup dia tidak bermakna. Ayah dia akan pukul dan marah dia setiap kali dia tidak lakukan perkara mengikut perancangan ayah dia.
"Tak lah, bukan sebab kau. Mungkin sebab soalan peperiksaan kali ni lebih sukar. Kenapa semua nya berjalan lancar saja bila kau yang menyembunyikan dan tidak pada aku"
"Ahh, kau cuma perlu yakin"
"Yakin ?" Kemudian, aku mengambil sebiji cili dan menggitnya. Iskandar terkejut dengan kelakuan aku yang menjengkelkan itu dan dia bertanya
"Tak pedas ke ?"
"Tak, cuba lah"
"Betul ni ?"
"Betul"
Dia mencuba dan menjerit sebaik sahaja cili itu dikunyah di dalam mulut nya
"Arggh, pedas, nak air" setelah dia minum beberapa teguk air, aku juga menyedut air yang berada di atas meja itu sambil berkata
"Cili ni memang pedas tapi kita cuma perlu meyakinkan orang lain yang kita sebenarnya okay dengan hanya mengawal riak wajah dan menahan segala kepedasan itu di dalam. Riak wajah seseorang itu menggambarkan perasaan mereka tetapi tidak semua perasaan sebenar mereka dipaparkan di wajah mereka"
"Tapi Hana kenapa kau lebih suka memendam semua nya sendiri. Bukan ke kau lebih sakit jika begitu ?"
"Sebab kepercayaan"
"Hm ?"
"Tak semua manusia dalam dunia ni boleh dipercayai dan aku tak nak mengsia sia kan kepercayaan aku pada orang yang mulut busuk"
"Em, betul juga. Nanti kita balik yang akan kecewa bila tersalah pilih orang untuk bercerita"
"Kita masih remaja, kenapa kita tak boleh bergembira seperti remaja di luar sana"
"Kita sentiasa fikir macam mana untuk teruskan hidup dengan kehidupan begini sedangkan remaja lain masih fikir macam mana untuk bergembira"
"Mereka masih ingin bangun daripada tidur dan kita pula ingin terus tidur dan mimpi indah"
"Kita sentiasa berharap supaya fantasi menjadi realiti"
Selepas melepaskan segala keluhan yang terpahat di hati, Iskandar menghantar aku pulang menaiki motosikal nya. Tiba tiba, langkah aku terberhenti di hadapan pintu rumah apabila Iskandar memeluk aku dari belakang sambil menangis
"Ya, aku takut, aku sangat takut. Boleh tak kau jangan bergerak untuk seketika ?" aku hanya membiarkan dia untuk seketika seperti yang dia minta. Setiap kali dia dipukul oleh ayah dia, tiada seorang pun yang mempertahankan dia. Aku tahu mesti dia rasa kesunyian dan kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience