Aku baru sahaja mahu letak kepala diatas meja dengan berbantal kan tangan, datang pula gadis yang dimaki oleh sekumpulan perempuan tadi
"Hana, terima kasih tau tadi"
"Ahh, buat apa berterima kasih ? Aku bukan buat sebab kau, aku buat sebab selera makan aku"
"Kelakar la kau ni"
Ya, aku memang tak ada kawan. Eh bukan, aku tak nak ada kawan. 13 tahun aku hidup, aku tak pernah percaya dengan 'friendship' sampai lah hadir nya seorang insan yang mengajar aku erti persahabatan. Tak, dia tak ajar aku dengan kata kata tapi dengan perbuatan. Waktu aku kehilangan sebuah keluarga, dia lah yang menjadi tulang belakang aku. Waktu aku tak tahu kenapa aku masih hidup, dia lah yang menjadi penyebab untuk aku terus jalani kehidupan aku.
Di pagi yang hening, aku mencari satu sudut yang tiada seorang pun manusia. Aku cuba lari daripada kekecohan dunia, aku duduk sambil memeluk lutut, aku meletakkan dahi aku di atas kedua dua lutut aku. Waktu itu, aku baru pulang dari kubur arwah ibu aku. Aku tahu setiap yang hidup pasti akan mati, dan aku tahu aku boleh menerima kematian ibu dengan sedikit masa lagi, tapi aku tak boleh untuk menerima ibu aku dibunuh. Sewaktu aku mempersoal kan apa yang akan jadi kepada aku di kehidupan seterusnya, bahu aku ditepuk.
"Percayalah setiap yang berlaku adalah dengan izinya"
"Engkau tak faham perasaan aku"
"Aku faham lebih daripada kau faham"
"Macam mana kau faham sedangkan kau tak tahu pun apa yang berlaku"
"Jadi, ceritalah apa yang berlaku. Sampai bila kau nak berlagak kuat dengan pendam semuanya sendiri?"
Dan kerana ini lah, aku sedar dia ikhlas berada di sisi aku. Tak pernah ada orang yang ingin mendengar malah mereka cuma berleter yang konon nya mereka memberi sokongan tapi jelas sekali mereka memberi tekanan.
"Daniel Izham, sekali lagi kau di tempat kedua"
"Wahh, aku tak percaya apa yang aku baru tengok ni. Kenapa la insan bernama Hana Alisa ni dilahirkan begitu pandai "
"Tengok, aku dah kata kau tak dapat kalahkan aku"
Kami bergurau, bermain, belajar bersama selama 3 tahun. 3 tahun ? Jujur bagi aku itu sangat singkat. Setelah aku merasa kebahagiaan dan nikmat kehidupan, sewaktu itu juga lah kesedihan bersedia untuk menyelubungi diri aku. Daniel Izham atau nama panggilannya Daniel terlibat dalam kemalangan motosikal yang meragut nyawanya.
Share this novel